Jenama Mek Kembang Cotton terus jadi pilihan, tempahan baju boleh siap dalam tempoh 24 jam!

TAK lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan pengaruh kain kapas yang masih utuh digunakan dari era dahulu sehingga ke detik ini.

Alia Najiha, pemilik Mek Kembang Cotton.

Menyedari masyarakat masih meminatinya, pemilik butik Mek Kembang Cotton, Alia Najihah Alias tidak teragak-agak apatah lagi risau untuk mewarisi perniagaan yang diperturunkan oleh arwah nenek.

Selari dengan selera semasa, Alia Najihah mengambil pendekatan menyatukan stail tradisi diulit dengan elemen kemodenan.

Bercerita lanjut, ujarnya, untuk himpunan Mek Kembang Cotton, pemilihan kain kapas dibuat dengan teliti.

“Kita akan pastikan tekstur kain kapas lembut, sejuk dan pada masa sama tidak mudah mengecut. Jadi, senang untuk diuruskan dan selesa disarung. Bagi mengekalkan ciri klasik dalam setiap rekaan, saya masih mengetengahkan koleksi baju kurung, kebaya dan Kedah, tetapi diberi suntikan lebih segar,” katanya.

Baca ni Lelaki ini DIY almari tudung untuk isteri dengan modal RM109 Sahaja. Murah, cantik dan kemas. Kreatifnya!

Alia Najihah menyedari, terdapat sesetengah pengkritik mengatakan, potongan yang dihasilkan lebih kurang sama.
Pun demikian, tegas beliau, keistimewaan jenama Mek Kembang Cotton terletak pada fabrik yang dilakar sendiri, di samping jahitan yang cukup sempurna mengikut bentuk tubuh si pemakai.

Kepada SinarPlus, anak kelahiran Terengganu itu berkata, setiap warna dan corak yang dikeluarkan tidak sama. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan pelanggan berpuas hati, sekali gus berasakan busana mereka lebih eksklusif dan istimewa.

“Seperti yang saya katakan tadi, jenama ini ‘berdiri’ mengikut arus dan desain yang menerapkan elemen moden. Sebagai contoh, baju kurung moden dibuat tanpa pesak, zip diletakkan di hadapan, kain selisih depan atau kembang payung,” jelasnya.

Baca ni ”Healing’ versi wanita dewasa, Hanis Zalikha kongsi video anaknya buat rawatan kecantikan raih perhatian warga maya

SIAP 24 JAM
Secara keseluruhan, Alia Najihah memberitahu, beliau memiliki hampir 100 jenis kain kapas yang berbeza.

Sehingga ke saat ini juga, beliau masih mengekalkan corak floral untuk setiap rekaan, cuma terdapat penambahbaikan dengan menerapkan unsur kilauan pada fabrik.

“Bagi kain kapas Swiss misalnya, ia dipadankan dengan taburan manik berkilat untuk penampilan yang lebih glamor,” katanya.

Tidak hanya ditransisikan menjadi baju kurung atau Kedah semata-mata yang boleh digayakan pada semua acara formal atau sebaliknya, tetapi kain kapas turut ‘diolah’ menjadi busana pengantin.

Iklan

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

“Menyebut soal relevan atau tidak, pada saya kain kapas ini sentiasa relevan. Berbeza dengan material lain kadangkala tidak sesuai dengan semua majlis,” ujarnya yang bertuah kerana memiliki pasukan pereka yang sangat efisien.

Satu kelebihan yang barangkali tidak ada pada jenama lain adalah, tempahan baju daripada label tersebut dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam!

Iklan

“Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada individu pelbagai saiz. Ada yang berisi, tinggi, rendah, besar pada bahagian bahu atau kecil pada pinggul. Justeru, ukuran yang tepat amatlah diperlukan. Jadi dengan adanya tempahan, ia membolehkan peminat kain kapas bergaya mengikut cita rasa mereka,” katanya.

Kepada mereka yang berasakan diri berisi dan tidak boleh bergaya seperti wanita langsing, buang jauh-jauh pandangan itu, kata Alia Najihah.

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi