Cara efektif tanggalkan tisu melekat pada pakaian selepas dicuci

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, kadang-kadang kita terlupa untuk membuang tisu yang berada di dalam poket.

Sangat menjengkelkan apabila seluar yang baru saja dicuci dalam mesin basuh dipenuhi dengan cebisan tisu ataupun kertas.

Sesiapa yang pernah mengalami kejadian ini pasti faham betapa sukarnya untuk membersihkan pakaian daripada tisu-tisu yang melekat. Ada juga yang gigih buang satu persatu cebisan tisu itu.

Macam-macam cara yang digunakan untuk membuang cebisan yang melekat. Jadi, seorang pengguna Twitter dari Jepun yang bernama Yukino menyarankan satu cara mudah untuk mengatasi masalah berkenaan.

cecair pelembutCEBISAN tisu yang melekat akan tertanggal dengan mudah hanya menggunakan cecair pelembut pakaian.

Menurutnya, cecair pelembut yang anda selalu gunakan untuk cuci baju itu hanya perlu ditambahkan ke dalam basuhan dan bilas sekali lagi. Cebisan tisu yang melekat akan tertanggal dengan mudah.

Sesetengah orang tidak gemar menggunakan pelembut fabrik, jangan risau anda boleh menggunakan inisiatif lain.

Selain menggunakan pelembut fabrik, anda boleh menggunakan cuka bagi mendapatkan kesan yang sama. Tisu takkan melekat lagi pada baju.

Anda pasti tertanya-tanya kenapa menggunakan pelembut fabrik atau cuka? Kalau anda nak tahu tisu cenderung untuk melekat pada fabrik kerana tarikan caj elektrik.

Dengan menggunakan pelembut fabrik, tarikan ini akan terhapus sekali gus mengakibatkan tisu ini ‘menggelungsur’ daripada pakaian ketika dicuci.

FOTO: CANVA

PENULIS: NURUL ADRIANA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca