ADA cara lebih jimat untuk menghalau serangga perosak di laman rumah menggunakan enam pokok ini. Tidak hanya dapat mengelakkan penggunaan racun, anda juga tidak perlu risau kesan sampingan.

Serangga perosak tanaman merupakan musuh utama kepada mereka yang gemar berkebun. Serangga-seranga perosak ini memakan daun, merosakkan batang atau buah, menghisap cairan tanaman dan sebagainya.

Kehadiran serangga perosak tanaman ini mestilah dikawal bagi mengelakkan kemusnahan tanaman.

Baca juga: Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!

Baca juga: Kebun halaman rumah raih anugerah, lelaki kongsi hobi menguntungkan

Biasanya apabila wujud serangga perosak menyerang tanaman, ramai menggunakan racun serangga untuk menyingkirkannya biarpun tahu kandungan bahan kimia didalamnya.

Sebenarnya ada cara semula jadi yang boleh digunakan bagi mengekan serangan haiwan perosak. Berikut enam jenis tanaman penghalau serangga perosak semula jadi.

Tanaman penghalau serangga perosak yang perlu ada di kebun anda:

1.Kucai
Kucai ialah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Kucai boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, kucai juga boleh hidup di bawah cahaya matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai berupaya menghalang kehadiran afid (aphid) dan kumbang di taman anda.

2.Pudina
Hidup di dalam tanah lembap, pudina biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat ‘edible’ tetapi dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

3.Petunia
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang.

4.Bayan duri
Bayam duri adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir-pinggir kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

5.Ulam raja
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu yang sering meninggalkan larva di bawah daun dan seterusnya melemahkan tanaman. Ulam raja juga dapat membantu menghalang serangan lipas di kediaman.

6.Ketumbar
Tumbuhan ini merupakan salah satu kemestian yang mesti ada di dapur. Kebaikan ketumbar bukan sahaja menyedapkan masakan, ia malah dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai ‘spider mite’.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan lain yang sesuai ditanam di kebun anda. Fungsinya menghalau serangga daripada merosakkan tanaman:

1. Serai wangi

2. Daun kesum

3. Daun pandan

Iklan

4. Kemangi

5. Bawang

6. Limau purut

Cara posisi tanaman

Selang-selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok-pokok ini di setiap penjuru kebun.

Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun anda.

Baca juga: Tak tahan hasil tanaman sering dirembat jiran, tuan rumah nekad rakam aksi pencuri

Iklan

Baca juga: Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini

Sumber: Mahadzir Hashim 

Kredit foto: Pixabay 

 

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.