WABAK Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa memberikan pelbagai kesan negatif terhadap semua orang. Pastinya antara yang paling terkesan adalah keluarga mangsa.

Selain itu, pejuang barisan hadapan atau dikenali dengan frontliner juga dilaporkan ada yang turut mengalami isu kesihatan mental. Ini kerana mereka merupakan tunjang utama dalam menangani wabak jahat ini.

Cara kerajaan China atasi isu kesihatan mental yang dialami frontliner Covid-19

Ada antara kalangan doktor dan staf perubatan yang keletihan dalam menguruskan pesakit yang semakin bertambah.

Paling menyedihkan, ada juga kes anggota perubatan yang dijangkiti virus tersebut dan akhirnya meninggal dunia.

Oleh demikian, kerajaan China memandang serius permasalah ini dan mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Antara langkah yang diambil pihak kerajaan China adalah seperti berikut:

1. Menyediakan ruang berehat untuk kumpulan perubatan

Salah satu cara kerajaan China dalam menangani isu kesihatan mental doktor dan staf kesihatan yang menguruskan pesakit Covid-19 adalah dengan menyediakan tempat untuk berehat.

Tempat berehat yang disediakan oleh pihak hospital adalah seperti ‘ruang isolasi’ yang mengasingkan mereka daripada keluarga dan rakan sekerja.

Selain itu, para doktor dan staf perubatan juga diberikan makanan dan barang keperluan harian untuk kegunaan mereka.

Bahkan, tugas mereka setiap hari di hospital juga akan direkodkan dan dikongsikan kepada ahli keluarga, bagi mengurangkan kerisauan orang tersayang.

2. Mengadakan latihan prakerja

Selain daripada mengadakan latihan prakerja mengenai penyakit dan cara mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19, kakitangan perubatan turut diberikan latihan mengenai masalah psikologi pesakit.

Ini bermaksud, para doktor akan dibekalkan dengan pengetahuan asas berkenaan bagaimana untuk berhadapan dengan pesakit yang mungkin mengalami isu kesihatan mental akibat jangkitan wabak Covid-19.

Cara kerajaan China atasi isu kesihatan mental yang dialami frontliner Covid-19

Apabila mereka berhadapan dengan pesakit yang tidak mahu dikuarantin, staf perubatan ini akan dibantu oleh pihak polis supaya pesakit memberikan bekerjasama.

Dengan cara ini, tekanan yang dialami oleh doktor dan staf perubatan ketika mengendalikan pesakit seperti ini dapat dikurangkan.

3. Mewujudkan peraturan mengenai alat pelindung diri bagi wabak Covid-19

Kumpulan perubatan juga berasa risau berkenaan kekurangan alat pelindung diri seperti baju pelindung dan jugak mask.

Iklan

Akhirnya, mereka melakukan pelbagai cara untuk menutupi kekurangan tersebut dengan kaedah konvensional yang jelas tidak begitu selamat, seperti:

Menambahkan pemakaian mask pakai buang
Menggunakan goggle pakai buang secara berulang kali
Membungkus kasut dengan beg plastik kerana penutup khas kasut tidak mencukupi
Kekurangan stok alat pelindung diri seperti ini akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan kepada staf perubatan. Tambahan pula, mereka berada di hospital, iaitu lokasi yang tinggi dengan kehadiran kuman seperti virus wabak Covid-19.

Kerajaan China pada akhirnya mengeluarkan peraturan pengggunaan mask yang dikuatkuasakan di seluruh Wuhan.

Perkara ini bertujuan sebagai salah satu usaha untuk ‘menyelamatkan’ atau memelihara kesihatan mental para doktor yang perlu berhadapan dengan wabak Covid-19.

4. Penyediaan fasiliti untuk menenangkan diri

Fasiliti ini sangat perlu supaya mereka ada ruang untuk menenangkan diri dan berehat seketika.

Iklan

Kerajaan China sangat bimbang dengan tugas beban kerja doktor dan staf perubatan lain yang sibuk dalam menangani wabak Covid-19 sehingga mengabaikan kesihatan mental mereka.

Oleh itu, beberapa buah hospital telah menyediakan fasiliti untuk petugas ini menenangkan diri dan melakukan pelbagai aktiviti relaksasi bagi mengendalikan stres yang dialami oleh mereka.

Pihak kerajaan China juga ada menghantar ahli psikologi dan kaunselor yang akan hadir ke tempat mereka beristirehat. Kaunselor dan juga ahli psikologi akan memberikan sokongan terhadap cerita dan luahan hati mereka.

Melalui cara ini, beratus-ratus staf perubatan di Wuhan dapat berehat di tempat yang telah disediakan oleh pihak hospital.

Jadi, sama-samalah kita saling bantu-membantu meringankan beban petugas barisan hadapan kita agar perkara yang buruk tidak berlaku. #stayathome #kitajagakita