MENONTON televisyen (TV) pastinya menjadi kegemaran hampir setiap orang pada waktu lapang. Tambahan pula sekarang, orang ramai terpaksa duduk di rumah menjalani tempoh ‘berkurung’ ekoran penularan wabak Covid-19.

Namun, terdapat juga individu yang gemar menonton menonton TV sepanjang hari atau beberapa jam tanpa berhenti.

Tabiat tersebut pastinya akan menyebabkan mata kurang sihat sekali gus berpotensi merosakkan sistem penglihatan anda.

Oleh itu, mata anda juga perlu dijaga sebaiknya supaya tidak menjadi lesu dan kurang bermaya tanpa rehat yang cukup.

Cara menjaga mata ketika menonton televisyen
Jangan menutup lampu ketika menonton TV

Penjagaan mata yang berterusan dapat mengekalkan kesihatan mata anda. Mata lesu dan kurang bermaya juga boleh menyebabkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar. Anda nak ke nampak tua?

Oleh yang demikian, Sinar Plus kongsikan beberapa tip berguna untuk menjaga mata terutama ketika menonton TV.

Berikut ialah beberapa cadangan yang dikeluarkan oleh pakar perubatan.

1.Televisyen hendaklah diletakkan pada kedudukan yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah.

Lebih baik jika pusat skrin televisyen kedudukannya terletak setara atau rendah sedikit daripada mata kita untuk mengelakkan otot di sekeliling mata kita menjadi tegang ketika menonton televisyen.

Bila menonton jarakkan diri anda sekurang-kurangnya dua meter daripada kaca TV bertujuan mengelakkan ultra violet dari TV merosakkan mata.

Paling penting jangan menonton televisyen dengan berbaring!

2.Jangan menutup lampu ketika menonton TV. Ini kerana jika lampu terlalu terang, imej pada skrin televisyen akan jadi kurang jelas.

Jadi, cahaya dalam bilik tersebut perlu dikekalkan pada tahap sederhana, yakni tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika menonton TV.

Iklan

3.Jangan menonton TV sepanjang masa atau terlalu lama terutamanya bagi golongan remaja.

Tempoh yang paling sesuai untuk menonton TV ialah satu hingga dua jam sahaja.

Mata perlu ditutup sekejap-sekejap untuk merehatkannya, atau memandang ke arah jauh sekali sekala dalam masa menonton televisyen supaya penglihatan kita tidak rosak.

4.Seperti tubuh, mata juga memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh.

Iklan

Jangan tunggu sehingga proses penuaan bermula untuk mendapatkan mata sihat.

Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamakan sumber makanan yang mempunyai warna hijau, kuning dan merah.

Ini kerana kumpulan makanan ini kaya dengan lutein, zeaxanthin, vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.

Jadi, sayangi mata anda sebelum terlambat!