PERNAH tak alami situasi, dah basuh bekas makanan banyak kali tapi bau masih lagi tak hilang?

Ia biasa terjadi jika kita menggunakan bekas makanan plastik. Kalau terlebih sabun, bekas makanan akan berbau sabun pula! Jika diguna semula, dikhuatiri akan menjejaskan rasa makanan yang baru diletak dan seterusnya membantutkan selera kita.

Jangan risau, dengan menggunakan beberapa bahan semula jadi ini, bekas makanan anda confirm berbau wangi kembali.

1.Cuci segera

Tidak dinafikan, aroma makanan memang lazat ketika baru dimasak dan dihidangkan. Tapi apabila tinggal sisanya saja, tentulah baunya akan bertukar menjadi busuk dan tidak sedap. Maka, cepat-cepatlah mencuci bekas makanan ini sebaik saja anda selesai menghabiskan makanan di dalamnya.

2.Perahan lemon

Perah lemon atau limau nipis ke dalam bekas makanan ataupun gosok limau ke dalam bekas. Biar dalam 3 minit dan bilas dengan air. Bukan sahaja menghilangkan bau, lemon juga boleh menanggalkan kotoran degil.

3.Baking soda

Baking soda atau soda penaik / soda bikarbonat boleh anda gunakan untuk menyerap dan menghapuskan bau dengan sangat berkesan. Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan tersebut. Biarkan seketika dan bilas.

Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik tadi dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.

4.Surat khabar

Ambil surat khabar lama yang sudah direnyukkan dan sumbat ke dalam bekas makanan. Biar semalam dan percaya atau tidak bau dalam bekas sudah diserap oleh surat khabar lama tersebut.

Iklan

5.Garam

Selepas mencuci bekas makanan, taburkan sejemput garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam. Secara semula jadi, garam akan bertindak menyahkan bau makanan atau minuman yang masih tertinggal sekali gus menghilangkan bau bekas makanan anda.

6.Cuka

Cuka sangat berkesan. Cara-caranya anda hanya perlu tuang cuka dalam bekas makanan dan biar selama 3 minit . Sebelum tuang cuka dalam bekas bilas terlebih dahulu bekas dengan sabun dan air. Kemudian, selepas 3 minit bilas kembali dengan air biasa dan bau akan hilang!

Iklan

7.Jemur tengah panas

Hilangkan bau makanan dengan jemur bekas makanan bawah matahari. Cuci dahulu bekas makanan dan jemur bawah matahari.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH, CANVA