MEMASAK pulut menggunakan cara lama memang agak renyah kerana perlu beras pulut dikukus. Jom kita cuba cara lebih ekspres menggunakan rice cooker , jimat masa dan lebih mudah.

Petua dikongsikan pengguna Facebook Siti Asrien Mohd Hassan ini memang praktikal dan senang.

Kredit foto: Canva Pro

“Panjangkan pahala seorang kawan. Ini cara kawan saya menanak pulut dengan rice cooker,” kongsinya.

Baca juga: Kuih lopes ekspres guna rice cooker, mudah, cepat & sedap

CARA MEMASAK PULUT MENGGUNAKAN RICE COOKER

1-Basuh beras bersama sedikit garam. Ini petua untuk mendapatkan efek pulut berkilat. Cuci beras puluh sebanyak tiga hingga empat kali.

2-Sukat air menggunakan jari telunjuk, parasnya mesti separuh dari ruas pertama jari (kedudukan jari di atas beras).

Ukuran paras air pada permukaan beras pulut.

3-Lapik tutup periuk menggunakan kain atau tuala kecil dengan kedap. Pastikan ia tidak longgar agar wap panas tidak keluar.

4-Tekan butang ‘Cook’ dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke ‘Warm.’

5-Selepas bertukar kepada ‘Warm’ biarkan selama lima hingga 10 minit supaya pulut masak dengan wap panas.

6-.Pastikan anda langsung tidak membuka tudung periuk sehingga pulut masak, insya-ALLAH pulut akan masak dengan cantik.

7-Siap dan sedia untuk dihidang!

Kini tak perlu bersusah payah memanaskan pengukus untuk menyediakan sajian pulut, hanya dengan rice cooker semuanya beres!

Selamat mencuba!

Baca juga: Petua elak nasi ditanak selalu basi, sental periuk guna 2 bahan & jerang atas api

KHASIAT PULUT

1-Pulut sebenarnya terdiri daripada beras tertentu yang ditanam di negara Asia Tenggara. Bijian ini adalah unik dan menghasilkan konsistensi sangat melekit seperti gam apabila dimasak.

Iklan

2-Beras pulut mempunyai kandungan nutrisi unik termasuk tahap protein yang tinggi, pelbagai vitamin B, selenium, zink, magnesium, tembaga dan fosforus.

3-Beras jenis ini mungkin mengandungi serat tetapi tidak sebanyak yang terdapat dalam beras perang atau beras putih lain. Namun dipercayai tiada jenis lemak atau kolesterol dalam beras ini.

Kredit foto: Canva Pro

4-Pulut mempunyai banyak kesihatan kerana sifat antioksidan.

5-Ia mengandungi tembaga, zink dan vitamin B yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan tekanan pada fungsi badan.

6-Beras pulut dapat membantu membina tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila usia semakin meningkat.

Baca juga: Talam seri muka pulut hitam bantu pesara tentera jana lebih pendapatan

Iklan

Baca juga: Pulut tai tai, sajian isteri orang kaya

Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!