NASI basi kadang kala tidak dapat dielakkan terutama jika ia tidak habis dan tidak disimpan di dalam peti sejuk.

Ramai mengaitkan nasi mudah basi sekiranya periuk yang digunakan mempunyai ‘sejarah’ nasi basi berulang kali.

Sepatutnya, nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih selepas dimasak.

Apabila periuk kerap terisi nasi basi, belum sampai tempoh semalaman pun makanan ruji itu berbau dan berair. Mengecewakan sungguh!

Tak perlu beli periuk atau rice cooker baru, anda boleh ikuti petua Ida Shahida ini.

“Kerap nasi basi?

“Selalu biarkan nasi sampai ia basi dalam periuk memang akan menyebabkan ia berulang. Periuk mungkin ada bakteria jadi punca,” katanya yang berkongsi petua berikut sebagai solusi.

Baca juga: Kain putih terperuk lama dalam almari bertukar kuning, ini cara hilangkan jadi macam baru. Hanya guna 4 bahan

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

PETUA ELAK NASI MUDAH BASI DALAM RICE COOKER

3 genggam garam kasar
10 atau lebih keping asam keping
Air

Langkah-langkah

1-Cuci periuk dengan sabun hingga bersih.

2-Kemudian masukkan garam kasar, asam keping. Tambah sedikit air supaya air garam dan asam dapat bersatu

3-Gosok periuk dengan laju selama tiga hingga empat minit. Biarkan selama 15 minit sebelum ulangi langkah sama sebanyak tiga atau empat kali.

4-Lakukan langkah sama pada tudung periuk sekali.

5-Akhir sekali, cuci periuk dan penutupnya dengan sabun dan bilas dengan air bersih sebanyak dua hingga tiga kali.

6-Isikan air bersih di dalamnya dan jerang di atas api.

7-Didihkan selama 15 minit sebelum tutup api. Untuk kesan optimum, gunakan empat cawan air dan rebus sehingga tinggal tinggal secawan sahaja. Langkah ini kongsi Ida boleh memastikan semua kuman dihapuskan.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyimpan nasi yang berbaki di dalam peti sejuk.

“Jika ada nasi lebih, masukkan ke dalam plastik dan ikat. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.

“Apabila hendak makan, boleh kukus semula. Memang menjimatkan,” katanya.

Ida Shahida turut berkongsi tip untuk memanaskan semula nasi yang telah dibekukan.

Baca juga: Cara pilih cempedak isi banyak, tengok kulit dan tangkai, 6 tip anda perlu tahu

Iklan

Baca juga: 10 makanan tak patut simpan dalam peti sejuk tapi ramai yang buat

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

CARA PANASKAN BAKI NASI DIBEKUKAN

Selain kukus anda juga boleh masukkan dalam periuk letrik dan tambahkan sedikit air panas. Tekan ‘cook’.

Apabila sudah dipanaskan, nasi akan jadi cantik semula dan lembut untuk dimakan.

Satu lagi caranya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau microwave.

“Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas dan basahkan beberapa helai tisu.

“Perah perlahan-lahan, buka semula lembaran tisu tadi dan tutup permukaan nasi. Tekan ‘cook’ selama lima hingga 10 minit.

“Anda akan dapati nasi yang beku tadi bertukar lembut dan cantik seperti baru dimasak,” kongsinya.

Iklan

Ujarnya, selain periuk kerap dibiarkan terisi nasi basi, air pada penutupnya juga punca nasi mudah basi.

Jadi, mak-mak dicadangkan untuk membuka penutupnya perlahan-lahan supaya wap air tidak menitis masuk ke dalam periuk atau nasi.

Baca juga: Pintu peti sejuk tak rapat rupanya getah expired. Ini DIY mudah & murah, boleh jimat beribu ringgit!

Kredit foto utama: Pexels, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang