KUIH lopes kuih tradisional kegemaran ramai. Diperbuat daripada pulut yang dikukus dan digaul dengan kelapa parut, kuih lopes dimakan dengan gula melaka cair. Bagi ibu-ibu yang sibuk dan kesuntukan masa, ini kuih lopes ekspres menggunakan rice cooker.

Mudah sahaja membuat kuih lopes, tak perlu mengukus lama dan membalut daun pisang. Cukup menggunakan periuk nasi elektrik, ia boleh dinikmati dengan mudah dan cepat.

Baca juga: Resipi cucur ikan bilis lembut di dalam rangup di luar, bancuh dengan nasi kisar & 1 bahan ini

Baca juga: Petua rebus kerang isi tak kecut, lembut & segar, ikut step ini elok kejadiannya

Resipi kuih lopes versi rice cooker yang dikongsikan oleh Shahera Ilani ini senang sangat. Berikut adalah bahan-bahan diperlukan dan langkah penyediaan.

KUIH LOPES RICE COOKER

Pulut

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1/2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan (dikisar)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau dan daun pandan (jika perlu)

Kelapa parut, garam, air

Air Gula Melaka

1 keping gula Melaka
5 cawan gula perang
2 cawan air
Daun pandan

Langkah penyediaan

1-Mula-mula basuh beras pulut.

2-Di dalam periuk nasi, masukkan santan beras pulut, air dan air daun pandan.

3-Kemudian masukkan garam dan daun pandan bagi untuk mewangikan.

4-Kemudian masukkan semua bahan di atas dan tekan butang ‘cook’ tunggu dia mendidih.

6-Apabila rice cooker mengeluarkan wap, gaulkan beras dalam periuk dua hingga tiga kali supaya ia tak berkerak dan santan meresap sekata.

7- Bila periuk bertukar mod ‘keep warm’, maknanya sudah pulut.

8-Kelapa parut dikukus sebentar dan apabila sejuk gaulkan dengan sedikit garam.

Iklan

9-Padatkan pulut di dalam acuan dan terapkan menggunakan cawan. Salutkan kepingan pulut dengan kelapa parut.

10-Untuk menyediakan air gula melaka, didihkan air bersama gula Melaka, gula perang, dan daun pandan. Biarkan ia sedikit pekat baharu tutup api.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tip masak pulut kuning yang cantik, lembut dan sempurna kejadiannya

Iklan

Baca juga: Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek resipi, kongsi cara balut

Baca juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Sumber: Shahera Ilani, Ameera Ishak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!