KISAH hidup seorang penjual pisang goreng bernama Makcik Kiah diguna pakai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi mencuri tumpuan warganet malahan kini trending di Twitter.

Untung la Makcik Kiah. Dah la dapat bantuan dan penjimatan berganda. Tup-tup trending pula dekat Twitter. Terus glamor dan laku keras la pisang goreng Makcik Kiah lepas ni!

Bagi anda yang masih ‘blur’ atau tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sehingga Makcik Kiah boleh memperolehi bantuan sehingga mencecah RM8,000.00, Sinar Plus kongsikan cara pengiraan yang lebih mudah difaham.

Cara pengiraannya adalah seperti berikut :

Bantuan

1. Bayaran Prihatin Nasional  RM1,600
2. BSH RM600
3. Pesara RM500
4. Bantuan Tunai E-hailing RM500
5. Bantuan Orang Bujang RM800
6. Berkhidmat dengan RELA RM200

TOTAL: RM4,200

Penjimatan

1. Penjimatan sewa PPR selama 6 bulan RM744
2. Penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan  RM1,800
3. Penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan RM120
4. Penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan RM1,200
5. Penjimatan pinjaman kredit mikro selama 6 bulan RM600

Iklan

TOTAL : RM4,464.00

Jadi, Makcik Kiah dianggarkan meraih tunai dan penjimatan sebanyak RM8,664 jika dihitung nilai bantuan dan nilai penjimatan yang bakal diperoleh.

Iklan

Pengiraan tersebuat adalah untuk Makcik Kiah yang merupakan seorang penjual goreng pisang yang tinggal di PPR Desa Tun Razak dan suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang membawa Grab.

So, faham ke tak tu?