Cara seterika baju jimat masa dan elektrik

No Image Caption
A
A
A

SELAIN daripada basuh dan lipat, seterika baju juga menjadi bebanan bagi sesetengah daripada kita.

Tapi nak tak nak terpaksalah juga seterika, jika tidak pasti berkedut seribu.

Jangan bimbang kerana ada cara untuk seterika baju yang menjimatkan masa dan elektrik.

Pertama sekali anda perlu menyediakan kertas aluminium, kain kapas dan semestinya papan seterika.

Langkah pertama lapikkan papan seterika itu dengan kertas aluminium. Kertas aluminium ini fungsinya adalah untuk memantulkan haba.

Selepas selesai lapikkan papan seterika dengan kertas aluminium, buat lapisan kedua pula dengan kain kapas. Kemaskan lapik itu dengan menggunakan stapler gun.

Siap! Anda boleh mula seterika baju sekarang. Kerja anda pasti lebih cepat siap. Ini kerana dengan adanya kertas aluminium tadi, anda tidak perlu seterika bahagian belakang baju kerana kertas aluminium tadi sudah memantulkan haba. Hanya sekali seterika sahaja sudah selesai.

Selepas ini anda akan lebih jimat masa untuk seterika baju dan automatik akan jimat elektrik juga. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Keluarga/unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca