Cef cantik ini tawar kelas pastri percuma, tapi... mak aiii syaratnya

A
A
A

CEF pakar membuat pastri, Risa Andithia menawarkan kelas percuma untuk isteri yang suaminya diberhentikan kerana pandemik Covid-19 dan ibu tunggal yang tidak dapat bekerja di luar rumah mereka.

Dia mengumumkan kelasnya di Instagram miliknya baru-baru ini.

Tampaknya ramai warganet yang memuji inisiatifnya itu di saat-saat ramai yang terpaksa diberhentikan kerja daripada sektor-sektor tertentu kerana kesan wabak itu.

"Saya mempunyai pengetahuan dan membagikannya kepada mereka yang memerlukan. Saya akan membimbing mereka dari awal, sehingga mereka dapat membuka perniagaan mereka sendiri,” kata Risa baru-baru ini kepada kompas.com.

Cef comel dari negara seberang itu berharap, para peserta diharapkan dapat memulakan perniagaan sendiri setelah mengikuti kelas dan meningkatkan kewangan keluarga mereka.

Kelas dalam talian dijalankan olehnya melalui platform sembang Telegram, yang mana Risa menghantar video tutorial untuk membantu para wanita belajar membuat roti sederhana.

Kelas dalam talian pertamanya, mengenai cara membuat roti tanpa menguli dan pengadun, diadakan pada 19 Mei dengan 32 peserta.

Risa kini memilih 15 peserta di atas usia 45 tahun untuk kelas baru yang diadakan pada minggu kedua bulan Jun, yang mana dia akan mengajar bagaimana membuat biskut.

Peserta boleh berlatih pada bila-bila masa yang mereka mahukan dan berunding dengan Risa sekiranya mereka menghadapi kesukaran.

"Ramai yang tidak mempunyai wang untuk membeli bahan-bahan, jadi mereka bebas memilih waktu mereka untuk berlatih memasak pastri," katanya.

Begitupun nak masuk kelas cef cantik ini bukan sewenang-wenangnya ya... Ada syarat ketat harus dipenuhi.

Syarat yang ditetapkan Risa.

Untuk mengikuti kelas ini, peserta perlu memberikan surat penamatan atau sijil kematian atau perceraian pasangan mereka jika bergelar ibu bapa tunggal. Mereka juga perlu memberikan sijil kelahiran anak-anak mereka.

Risa mengatakan bahawa syarat itu membantunya mengenal pasti peserta yang dia anggap paling sesuai untuk mengikuti kelas. (gis / wng)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca