SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara kita, ramai rakyat yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan.

Sehingga ada yang dihalau rumah sebab tidak lagi mampu membayar sewa bulanan.

Menyedari kesusahan rakyat dalam mencari rumah mampu milik, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan termasuk inisiatif perumahan untuk golongan B40 dan M40 di Malaysia.

Terbaharu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan program Rumah IKRAM KPKT atau juga dikenali Rumah IKRAM Keluarga Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berita baik kepada semua, permohonan secara dalam talian bagi Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kini dibuka.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini merupakan inisiatif kerajaan bagi penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik Covid-19.

Dalam situasi tersebut, terdapat kesan seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan sebagainya.

Antara tujuan utama Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini adalah :

  1. Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang selesa dan selamat kepada rakyat.
  2. Menyediakan sewaan yang percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Projek dan lokasi seluruh Malaysia yang terlibat;

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

PPR ini berada di bandar-bandar besar serta jenis rumah bertingkat antara lima hingga 18 tingkat.

Manakala di kawasan pinggir bandar adalah adalah jenis rumah teres dengan keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi.

Setiap unit dibina dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.

Antara kemudahan asas yang disediakan seperti :

Iklan
  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Cepat mohon! Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kini dibuka

Syarat-syarat permohonan;

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia dikhususkan kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti;

Iklan
  1. Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan keatas.
  3. Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya.
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Cara mohon Rumah IKRAM Keluarga Malaysia;

Permohonan kini dibuka sehingga suatu tarikh tutup yang akan diumumkan kelak. Jika layak, korang boleh mula mohon dengan cara;

1) Layari portal Teduh KPKTdan daftar akaun SPRN.

2) Jika sudah daftar, log masuk ke akaun SPRN

3) Pilih Skim Rumah IKRAM KPKT

4) Lengkapkan maklumat pemohon

Baca juga Bayaran fasa 3, rayuan BPR dikreditkan mulai 28 September

5) Pilih Projek Rumah IKRAM KPKT

6) Muat naik dokumen sokongan

7) Pengesahan dan hantar permohonan

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT di talian 03-8891 4475. Boleh juga emel di teduh@kpkt.gov.my

Jadi, tunggu apa lagi? Bagi yang memenuhi syarat, ayuh memohon Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini.