Comel dan berkesan menyampaikan mesej, tapi 18 Emoji di WhatsApp ini selalu disalah guna
PENGGUNAAN emoji dalam media sosial khususnya aplikasi WhatsApp adalah merupakan satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menyampaikan mesej tanpa perlu penjelasan yang panjang berjela-jela. Malah emosi juga turut dapat dirasai penerima mesej ekoran penggunaan imej visual comel ini.
Tapi, korang tahu tak kadang kala kita menggunakan emoji yang salah dan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan lari dari maksud sebenar.
Dengan beratus-ratus bentuk dan ‘watak’ yang comel, semuanya kini di hujung jari sahaja. Oleh itu, jangan kita sesuka hati menggunakannya tanpa mengetahui maksud sebenar sesuatu emoji tersebut. Bersama ini SinarPlus kongsikan 18 emoji yang selalu digunakan bagi maksud yang betul.
1. Emoji aiskrim
Emoji ini selalu dikaitkan dengan sesuatu yang kotor atau bermaksud ‘najis’. Sebenarnya ia adalah emoji aiskrim.
2. Emoji tanda ‘peace’
Sebenarnya, emoji ini bermaksud kemenangan. Contohnya, kita boleh menggunakan emoji ini untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak diminati yang telah menjaringkan gol.
3. Emoji wajah sedih
Ini bukan emoji sedih tetapi bermaksud wajah yang sedang berasa lega. Bukan bermaksud sedih atau kecewa.
4. Emoji ‘The Rockstar’
Emoji ini sebenarnya menunjukkan bentuk tanduk bukannya bermaksud ‘hang 10 bro sign’ yang selalunya dipakai untuk aktiviti sukan terutamanya peluncur.
5. The shocked face
Secara amnya, tanda X pada emoji ini nampak seperti seseorang yang sudah mati. Tapi kalau korang nak tahu, emoji ini menunjukkan reaksi terhadap sesuatu yang sangat mengejutkan.
6. Emoji urut kepala
Emoji urut kepala ini membawa maksud seseorang itu ingin bersendirian. Jika akan korang memberi emoji ini, maksudnya dia tidak mahu diganggu!
7. The Japanese Ogre
Emoji wajah merah di WhatsApp ini bukannya bermaksud syaitan, hantu atau apa-apa topeng. Ia sebenarnya seekor raksasa Jepun yang biasanya terdapat dalam seni dan kesusasteraan Jepun.
8. Emoji kemenangan
Menurut emojipedia, emoji dengan mimik muka sebegini, dengan menandakan wap yang ditiup dari lubang hidung membawa maknasatu kelegaan atau kemenangan. Bukannya geram atau marah seperti mana yang selalu disalah anggap.
9. Muka kecewa
Emoji ini nampak seperti wajah kecewa, tapi sebenarnya ia bermaksud baru berpenat lelah. Pada pandangan pertama kelihatan seperti wajah yang sedang menangis dan kebanyakan kita tidak memerhatikan dengan jelas di mana titisan air itu. Titisan air itu berada di sisi wajah menandakan ia adalah peluh dan bukannya air mata.
10. Bowing down
Emoji ini bermaksud hanya tunduk untuk menghormati atau meminta maaf dalam budaya Jepun. Jadi, ia tidak tepat bagi menunjukkan seseorang itu sedang memikirkan sesuatu.
Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!
15. The folded hands
Sekiranya korang salah seorang individu yang menggunakan ikon ini untuk meminta maaf, anda sebenarnya silap. Emoji ini memberi makna bahawa seseorang itu sedang berdoa atau berharap.
16. Emoji wajah makanan lazat
Emoji ini menunjukkan korang menikmati makanan dan tidak bermaksud untuk memberi reaksi kepada sesuatu yang ‘menggoda.’
17. Wajah dengan isyarat OK
Menurut Unicode, ini adalah seorang wanita yang membuat isyarat ok. Jadi ia bermaksud OK.
Baca juga: Makanan tinggi kolagen untuk kekal awet muda. Poin nombor 2 paling ramai orang suka
18. Sumber air panas
Ini adalah sesuatu yang kelihatan seperti wap untuk secawan teh atau sup panas. Tetapi ia sebenarnya bermaksud kolam air panas
Jadi, gunakanlah emoji dengan betul dan berhati-hati. Hal ini kerana, tidak semua orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Sumber: H2S Media
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang