Covid-19 : 166 gelandangan dah dapat kerja

Covid-19 : 166 gelandangan dah dapat kerja
Covid-19 : 166 gelandangan dah dapat kerja
A
A
A

Di sebalik kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ramai pihak, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan.

Mereka kini boleh berdikari menerusi program khas penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain.

Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan ini “diselamatkan” dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Setakat ini, seramai 70 daripada 166 orang gelandangan itu sudah mula bertugas di tujuh buah syarikat termasuk McDonald's, Jaya Grocer dan Tesco.

Tahniah pada mereka yang terlibat!

Sementara 96 orang yang lain akan mengikuti program khas Projek Pembungkusan Sarung Tangan oleh Syarikat Top Glove Corporation Bhd.

Program ini akan dilaksanakan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Ampang dan Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu (pusat bandar Kuala Lumpur).

Setakat April lalu, DBKL menyelamatkan 864 gelandangan dan menempatkan mereka di 12 pusat komuniti dan dewan serbaguna yang dijadikan penempatan sementara.

Gelandangan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penagih dadah, pesakit mental, pekerja yang tiada tempat tinggal dan juga penganggur yang tiada kediaman.

Apa pun nasib mereka kini terbela dan diharap tidak sia-siakan peluang dan ruang yang diberikan oleh kerajaan.

Apa yang penting, jika golongan ini benar-benar ingin berubah kepada kehidupan yang lebih baik, teruskan bekerja dan jangan memilih kerja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca