Apakah lockdwon draconian yang dikatakan telah membuatkan negara China berjaya mengekang Covid-19 ini.

Lockdown draconian dikatakan yang paling dramatik dan kontroversi. Dengan langkah-langkah itu, ia dapat mengekalkan berpuluh-puluh juta orang dan menjadi kuarantin terbesar dalam sejarah manusia di China.

Bagaimana China ‘mengunci’ berpuluh-puluh juta orang

Merujuk laporan di time.com, pada 23 Januari lalu, pihak berkuasa memotong semua pengangkutan masuk dan keluar dari Wuhan, sebuah bandar pusat di China yang berjumlah 11 juta orang di mana virus itu dipercayai bermula.

Semua orang diperintahkan tinggal di rumah kecuali jika mereka perlu membeli barangan runcit atau mendapatkan rawatan perubatan.

Sekolah, pejabat dan kilang ditutup. Kenderaan persendirian telah diharamkan di jalan-jalan sekitar bandar.

Dalam masa beberapa hari, lockdown tersebut telah berkembang untuk meliputi beberapa bandar lain yang terdiri daripada 60 juta orang.

Lockdown itu melangkaui ruang awam dan mengendalikan kawalan sosial pada pergerakan penduduk. Mereka tegas bermula dari pintu persempadanan negara lagi.

Di sesetengah kompleks pangsapuri, pengawal keselamatan masih membenarkan orang ramai masuk dan keluar.

Iklan

Di Wuhan, pasukan penguat kuasa telah digunakan untuk memastikan rakyat mematuhi lockdown itu dan para sukarelawan akan pergi dari pintu ke pintu untuk memeriksa suhu penduduk di sana. Mereka yang didapati demam akan terus dihantar ke pusat kuarantin.

Menurut analisis New York Times, sekurang-kurangnya 760 juta orang di China telah dilindungi di beberapa jenis kediaman.

Iklan

Kerajaan China juga telah mendaftarkan syarikat-syarikat berteknologi untuk membuat aplikasi bagi memudahkan orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, di negara kita, nampaknya masih ada rakyat Malaysia yang gagal mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dilakukan bermula 18 Mac lalu.

Adakah perlu Malaysia turut mengamalkan lockdown draconian ini? Sama-sama kita fikirkan.