Covid-19: Bertuahnya dapat berbuka di hadapan kaabah

Covid-19: Bertuahnya dapat berbuka di hadapan kaabah
Covid-19: Bertuahnya dapat berbuka di hadapan kaabah
A
A
A

WABAK Covid-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberikan perubahan besar dalam pelbagai segi kehidupan, tidak terkecuali bulan Ramadan.

Kerajaan Arab Saudi turut mengambil pendekatan dengan menyekat pelaksanaan ibadah umrah di Makkah dan Madinah kepada umat Islam bagi menghalang penyebaran wabak ‘jahat’ yang dikenali sebagai Covid-19.

Kota suci Makkah yang kebiasaannya akan dipenuhi dengan jutaan himpunan jemaah pada bulan yang mulia ini, ternyata berbeza apabila kota suci ini dilihat lengang dan menjadi semakin sepi.

Namun bagi segelintir individu yang bekerja dan menetap di Tanah Suci, mereka disifatkan amat bertuah kerana masih dapat menikmati keindahan bulan Ramadan dengan penuh rasa kesyukuran.

Terbaru, sebuah video yang dikongsi oleh IlmFeed di laman Instagram memaparkan visual beberapa individu mendapat peluang berbuka puasa di hadapan Kaabah berlatarbelakangkan suara Azan.

Perkongsian video tersebut ternyata menarik perhatian warganet seluruh dunia yang mana rata-ratanya menzahirkan kerinduan terhadap Tanah Suci.

“Beberapa orang yang bernasib baik berpeluang untuk berbuka puasa di hadapan Kaabah.

“Kebiasaannya, masjid penuh pada bulan Ramadan dengan ribuan biji kurma dan cawan air diedarkan untuk orang ramai berbuka puasa,” tulis posting tersebut.

Rata-rata umat Islam mengucapkan syukur selain memiliki hasrat bagi menjejakkan kaki ke sana dan bagi yang pernah mengerjakan ibadah, mereka turut merindui suasana di tanah suci.

Moga kita semua satu hari nanti diberi peluang ke sana dan merasai juga moment indah serta tergolong dalam kalangan golongan bertuah. #PastiAdaSinar

Sumber : IlmFeed

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca