Covid-19: Doktor perjelaskan, adakah virus boleh tersebar melalui duit?

No Image Caption
A
A
A

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerak ini, antara persoalan yang sering diajukan adalah bolehkah virus Covid-19 disebarkan menerusi duit?

Mengakui perkara tersebut, Dr Suhazeli Abdullah ketika dihubungi Sinar Plus sempat berseloroh, memang benar perkara tersebut, jadi.. duit itu beri pada saya dulu untuk dilupuskan.

“Hanya doktor yang pandai lupuskan duit…,” guraunya.

Kongsi Dr Suhazeli, wabak berkenaan berada di semua permukaan. Jika seseorang yang positif berada di sesuatu tempat dan batuk atau bersin, virus berpotensi untuk berada di bahan tersebut.

Begitu juga jika beliau tidak menjaga tahap kebersihan dan memegang sesuatu, potensi virus akan melekat pada barangan tersebut sama ada duit, seluar dan sebagainya.

Jadi, menurut Dr Suhazeli, individu yang disahkan positif wabak berkenaan perlu melakukan rutin berikut:

1. Wajib dikuarantinkan

2. Amalkan etika batuk yang betul

3. Jaga kebersihan terutamanya kerap membasuh tangan

4. Memakai penutup mulut dan hidung

5. Paling penting, jika bergejala terus lakukan pemeriksaan

Dalam pada itu, merujuk kepada Facebook Public Health Malaysia pula, sehingga kini tiada bukti yang dapat dikatakan penyebaran virus Covid-19 menerusi duit.

Namun, titisan air pernafasan individu yang dijangkiti boleh mencemari mana-mana permukaan objek termasuk duit.

Sebagai langkah pencegahan, pastikan tangan anda dicuci sebelum dan selepas menyentuh duit.

Elakkan menyentuh muka atau menghidu duit tersebut.

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca