Covid-19: Kelesuan dan hilang deria bau dan rasa juga gejala tidak nyata

Covid-19: Kelesuan dan hilang deria bau dan rasa juga gejala tidak nyata
Covid-19: Kelesuan dan hilang deria bau dan rasa juga gejala tidak nyata
A
A
A

KELESUAN dan hilang deria bau dan rasa, kini termasuk dalam gejala Covid-19 tidak nyata.

Ya! Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam satu kenyataannya semalam.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum ini jika seseorang itu mempunyai gejala nyata seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan Covid-19 itu wujud.

“Tetapi gejala yang kita tak perasan ada kalanya adalah keletihan, kelesuan, yang juga satu gejala dan tanda awal anda dijangkiti Covid-19. Hilangnya deria bau dan deria rasa. Itupun satu gejala,”jelasnya.

Tambahnya, jika hendak ke pejabat, walaupun dengan menggunakan alat pengesan suhu badan dan mendapati bacaan suhu normal (36.6 hingga 37.2), tidak semestinya mereka tidak bergejala (gejala tidak nyata).

“Tapi kalau ada gejala (nyata dan tidak nyata), pastikan jangan datang ke pejabat langsung,” katanya mengulas pertanyaan pemberita berhubung wujudnya perbezaan suhu pada termometer yang digunakan.

Jadi, apa yang perlu buat masa ini adalah langkah-langkah pencegahan dan orang ramai perlu sentiasa peka dan mengamalkan tahap penjagaan kebersihan di tahap tertinggi.

Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19?

Anda adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah- langkah berikut:

Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan.

• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan.

• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan.

• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, KKM juga menerbitkan garis panduan untuk pakar-pakar serta doktor mereka, untuk merawat serta mengurus pesakit untuk tempoh 14 hari dalam masa terdekat.

Selain itu, Dr Noor Hisham memberitahu, KKM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan badan bukan kerajaan (NGO), bekerjasama untuk melaksanakan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat, ketika aktiviti riadah dan bersenam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca