AKIBAT penularan wabak berjangkit yang kini semakin menular di seluruh dunia menyebabkan semua pihak terpaksa akur membatalkan semua majlis yang melibatkan himpunan ramai orang.

Tujuannya hanya satu bagi mugurangkan rantaian jangkitan wabak Covid-19 supaya ia tidak merebak dengan lebih meluas.

Antara majlis besar yang terpaksa ditangguhkan adalah adalah majlis konvokesyen di semua kolej dan universiti awam di negara-negara yang terlibat.

Disebabkan itu, sudah pasti ramai pelajar yang berasa kecewa kerana terpaksa menangguhkan dan menunggu untuk menamatkan pengajian secara rasmi.

Manakan tidak, majlis graduasi juga boleh dianggap satu majlis yang penting dalam hidup seseorang kerana mungkin ada dalam kalangan mereka yang berpeluang untuk merasai majlis sedemikian sekali seumur hidup.

Namun begitu, kekecewaan bakal graduan dari Business Breakthrough University / Graduate School (BBT) di Jepun sedikit terubat apabila pihak pengurusan universiti telah mengadakan hari graduasi dengan cara yang sangat kreatif dan tersangat wow!

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership, BBT telah mengadakan hari graduasi tersebut pada 28 Mac 2020 di Hotel Grand Palace, Tokyo.

Covid-19: Majlis graduasi guna robot ganti siswazah

Majlis tersebut diadakan secara atas talian di mana robot avatar atau ‘Newme’ yang akan mewakilkan para pelajar untuk menerima sijil graduasi.

Namun apa yang menariknya, pihak universiti sendiri turut membuat panggilan video call kepada para pelajar supaya mereka dapat merasai sendiri suasana majlis tersebut.

Dalam majlis itu, seramai empat orang graduan menjadi wakil kesemua graduan bagi mengendalikan robot avatar tersebut dari rumah.

Iklan

Robot newme yang dibangunkan oleh syarikat ANA Holdings, mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat pelajar yang mengawal robot itu, serta sepasang tangan untuk menerima sijil ijazah bagi pihak graduan.

Covid-19: Majlis graduasi guna robot ganti siswazah

Untuk kelihatan lebih rasmi, robot-robot berkenaan juga dipakaikan gaun pengijazahan dan topi mortarboard.

Iklan

Siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam acara tersebut melalui aplikasi Zoom, yang mana mereka dapat menghantar komen dan menyatakan perasaan mereka ketika majlis berlangsung.

Dahsyat era kini, apa saja mampu dilakukan walaupun nampak seakan mustahil tapi mereka telah membuktikannya. Syabas!

Apa-apa pun #juststayathome