Covid-19: Mula bekerja, perlu disiplin patuhi SOP

Covid-19: Mula bekerja, perlu disiplin patuhi SOP
Covid-19: Mula bekerja, perlu disiplin patuhi SOP
A
A
A

SELEPAS genap 47 hari rakyat Malaysia ’terkurung’, hari ini hari pertama Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Apa yang longgar? Antara lain, Jakel kini boleh beroperasi, begitu juga pusat membeli belah lain. Restoran ‘Mamak’ yang dirindui juga sudah boleh dikunjungi dan orang ramai boleh menjamu selera di premis-premis kedai makan, manakala kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang.

Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa keempat adalah pada 12 Mei ini.

Memetik laporan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya semalam menegaskan persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita 'raya' adalah salah.

Katanya, sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk Ciovid-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.

Dalam keghairahan meraikan ’kebebasan’ ini, perlu diingat juga kes positif baharu Covid-19, kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut sejak dua hari lepas selepas 16 hari kita berjaya merekodkan angka dua digit.

Bagi anda yang perlu mula kembali bertugas hari ini perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Pejabat perlu kerap melakukan nyahkuman atau disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti :

  1. Ruang kerja
  2. Kaunter perkhidmatan
  3. Tombol pintu
  4. Papan kekunci komputer

Anda juga perlu basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer sekerap yang mungkin.

Jarakkan diri sejauh satu meter sekiranya bergejala dan nampak kelompok orang bergejala.

Paling penting pakai penutup mulut dan hidung (mask) sepanjang anda berada di tempat awam atau dipejabat.

Ingat, mencecah itu lebih baik dari mengubati. Selamat bertugas #PastiAdaSinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca