TEMPOH pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memasuki fasa keempat bermula esok sehingga 12 Mei ini disebabkan penularan wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) kini membuka peluang kepada orang ramai memberi cadangan atau pandangan untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas tempoh PKP berakhir.

Orang ramai boleh mengusulkan sebarang cadangan atau pandangan tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID.

Noor Hisham juga mengizinkan orang ramai untuk terus membuat kiriman komen cadangan mahupun pandangan terus ke ruangan komen Facebook mahupun Twitter miliknya.

Sementara itu, beberapa warganet telah pun memberi pandangan mereka di ruangan komen di Facebook serta ‘reply’ di Twitter sejurus hebahan tersebut dimaklumkan.

Antara komen yang dicadangkan adalah seperti berikut:

“Assalamualaikum Dr, cadangan saya ialah yang ditangkap ingkar PKP janganlah dipenjarakan, tapi diberi tugas sebagai pembantu frontliner. Biar sama-sama pakai PPE, sama-sama handle PT, ada jugak hasilnya kepada negara. Habis tugas, duduk lokap. Time tugas, pergi hospital. (DJ Syafix Berpuasa)

“Wajib face mask di luar kediaman. Susunan dalaman kedai perlu diubah untuk elak jarak sosial yg terlalu dekat. Laluan masuk dan keluar wajib diasingkan. Lupuskan lesen perniagaan bagi yang ingkar dan menjual barangan dengan harga cekik darah seperti di Rusia. (B Malaysia)

Iklan

“Saya cadangkan buat kewajipan untuk melakukan senaman. Sebab apa, rakyat Malaysia makan super ring dekat rumah sampai gemuk. (Manusia bukan Alien)

“Kalau boleh la saya nak kerajaan benar kan rakyat untuk tunai solat aidilfitri!Pkp elok setakat 12 mei 2020. (Kadir Mahmood)

Pelbagai komen dan reaksi orang ramai boleh dilihat menerusi ruangan komen terbabit. Ada yang positif namun tak kurang juga yang negatif.

Iklan

Apa pun itu semua adalah suara hati rakyat dan tindakan yang diambil oleh pihak kementerian adalah sangat tepat kerana keluh resah orang ramai juga perlu diambil kira supaya negara kita mengambil langkah bijak bagi menangani wabak ini berbanding dengan negara luar.

Sinarplus juga percaya apa pun cadangan orang ramai jika satu pihak sahaja yang berperanan usaha ini pasti hanya sia-sia. Orang ramai juga perlu bersatu dan sama-sama membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan supaya rantaian jangkitan wabak Covid-19 dapat dihapuskan. #PastiAdaSinar