Covid-19 : Pecahan negeri yang terlibat PKP, PKPB dan PKPP
AKHIRNYA teka-teki orang ramai terjawab! Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari (Rabu) ini hingga 26 Januari.
Negeri yang terlibat PKP adalah seperti :
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
- Melaka
- Johor
- Sabah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, enam lagi negeri dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.
Negeri yang terlibat PKPB :
- Pahang
- Perak Negeri Sembilan
- Kedah
- Terengganu
- Kelantan
Negeri yang terlibat PKPP :
- Perlis
- Sarawak
Muhyiddin berkata, negeri-negeri yang dikenakan PKP merupakan negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.
Pengumuman itu dibuat dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan sebentar tadi.
Beliau berkata, KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP itu akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
Perdana Menteri berkata trend peningkatan kes Covid-19 amat membimbangkan dengan pendekatan tegas perlu bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak itu, sekali gus menurunkan bilangan kes positif harian ke satu tahap yang terkawal dan boleh diurus dengan lebih berkesan.
Beliau berkata kerajaan mendengar keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang dengan perkembangan peningkatan kes Covid-19 serta memahami beban anggota barisan hadapan, selain kesihatan awam negara yang semakin tenat.
Malaysia mula merekodkan kes harian empat digit bagi Covid-19 pada 24 Oktober 2020, iaitu 1,228 kes dan fenomena itu direkodkan setiap hari dengan rekod tertinggi dilapor pada 7 Jan lepas - 3,027 kes.
Dalam gelombang ketiga Covid-19 ini, 476 kluster baharu dilaporkan sehingga semalam (10 Januari) melibatkan 259 kluster tempat kerja (54.41 peratus), peningkatan ketara bilangan kluster baharu berbanding 110 kluster baharu ketika gelombang kedua dengan 25 kluster (22.72 peratus) melibatkan tempat kerja.
“Situasi sekarang ini amat membimbangkan. Sistem penjagaan kesihatan kita kini mengalami tekanan yang hebat sejak pandemik bermula. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, perkara yang tidak pernah berlaku dahulu memerlukan langkah yang tidak pernah diambil sebelum ini,” katanya.
Diharap orang ramai patuh dengan segala arahan yang telah dibuat oleh kerajaan supaya rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dengan segera. #juststayathome
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang