Covid-19: Penumpang MRT dilarang bersembang dan bercakap di telefon bimbit

Covid-19: Penumpang MRT dilarang bersembang dan bercakap di telefon bimbit
Covid-19: Penumpang MRT dilarang bersembang dan bercakap di telefon bimbit
A
A
A

WALAUPUN kedengaran agak aneh, namun itulah hakikat yang sedang berlaku di bumi Jakarta, Indonesia apabila pengguna perkhidmatan pengangkutan MRT di Jakarta, dilarang bersembang dengan penumpang lain atau berbual menggunakan telefon bimbit, bagi menangani penularan pandemik Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi melalui ciapan instagram rasmi syarikat pengendali MRTJakarta, PT Moda Raya Transportasi Jakarta, di akaun instagram rasminya@mrtjkt, hari ini.

“Seperti yang diketahui bahawa Covid-19 umumnya dapat ditularkan melalui titisan air liur yang dihasilkan ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau berbicara,” tulis kenyataan tersebut.

MRT Jakarta, mercu baharu pengangkutan di Jakarta itu mula beroperasi sejak 24 Mac 2019.

Sebelum ini stesen tersebut turut menguatkuasakan had jumlah penumpang lebih daripada separuh kapasiti muatan tren, jarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, sejak Mac yang lalu.

Sementara itu, menurut media tempatan juga ada melaporkan yang mana syarikat pengendali komuter PT Kereta Commuter Indonesia (KCI), juga dijangka melaksanakan arahan dan peraturan yang sama (larangan berbual di dalam komuter).

Pemerintah Jakarta dijangka memperkenalkan beberapa garis panduan baharu, dalam pelaksanaan normal baharu bermula 5 Jun ini.

Antaranya dijangka melonggarkan beberapa peraturan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini, bagi membenarkan kembali beberapa aktiviti sosio-ekonomi.

Sehingga kini, kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 26,940 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,641 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 467 tambahan kes positif baharu, manakala sebanyak 28 lagi kematian, berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Ketika ini juga seramai 13,120 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya, yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca