Covid-19: Puluhan gajah di Thailand kini bebas

A
A
A

SEPERTI yang ramai sedia maklum, akibat penularan rantaian jangkitan wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia telah memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan.

Antara yang menerima kesan besar ialah pertumbuhan ekonomi, selain impak psikososial yang mana orang ramai kini terpaksa menghadkan pergerakan mereka.

Namun, di sebalik apa yang berlaku hari ini, ia sedikit sebanyak telah berjaya menamatkan siksaan berpuluh-puluh gajah di utara Thailand seperti yang dilaporkan The New York Times.

Untuk info, di Maesa Elephan Camp, Chiang Mai, Thailand, terdahulunya memang cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong yang datang ke negara tersebut.

Covid-19: Puluha gajah di Thailand kini bebas

Namun, semenjak wabak pandemik ini menyerang, perniagaan tunggang gajah kini semakin merosot kerana sudah tiada lagi pelancong yang datang.

Menurut pengarah Maesa Elephan Camp, Anchalee Kalampichit, setelah 44 tahun, dia memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu penyokong dan logam yang besar yang diikat pada belakang gajah sepanjang hari.

Covid-19: Puluha gajah di Thailand kini bebas

Malah, kem tersebut juga telah mengumumkan bahawa ia tidak berniat menjadikan 78 gajahnya memakai gerbong berat tersebut walaupun perniagaan itu dibuka semula.

"Sejak kami membuka pernigaan ini pada sekitar 1976, menunggang gajah sentiasa menjadi aktiviti kegemaran pelancong.

Covid-19: Puluha gajah di Thailand kini bebas

"Kami tidak merancang untuk meletakkan kerusi menyokong itu kembali kepada gajah, walaupun kami boleh beroperasi semula.

“Selepas berakhirnya wabak Covid-19 ini, kami akan mengalu-alukan pelancong untuk menikmati pembelajaran tentang cara hidup gajah secara semula jadi dan mengajar mereka (gajah) untuk melayan para pelancong yang datang,” katanya kepada The New York Times.

Kini gajah-gajah tersebut akan dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan kem dan pelancong tidak lagi dibenarkan menunggang haiwan tersebut.

Sumber : Independent.co.uk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca