COVID-19: Surat terbuka beri semangat #JanganPutusAsaMalaysia

COVID-19: Surat terbuka beri semangat #JanganPutusAsaMalaysia
April 6, 2020
Oleh Meen

ITALI memiliki fasiliti penjagaan kesihatan terbaik dunia. Namun mereka gagal mengawal wabak Covid-19 kerana menganggap wabak tersebut suatu gurauan pada awal kemunculannya.

Sinar Plus berharap orang ramai tidak berputus asa dan bersabar menghadapi wabak Covid-19 kerana pasti ada hikmah yang tersirat.

Iklan

Dalam usaha memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat yang kini berdepan dengan keadaan tidak menentu berikutan wabak Covid-19, Sinar Harian melancarkan kempen #JanganPutusAsaMalaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan kempen itu secara meluas dengan menggunakan ‘hastag’ (tanda pagar) tersebut di semua media sosial.

Hussamuddin baru-baru ini juga turut menulis satu mesej buat rakyat Malaysia yang dikongsikan oleh Sinar Harian.

Iklan

Antara isi kandungan mesej tersebut adalah seperti berikut:

Assalamualaikum wrt wbh, saudaraku semuanya,

Iklan

MESEJ BUAT RAKYAT MALAYSIA
#JanganPutusAsaMalaysia

Sebagai rakyat Malaysia, sama seperti yang lain, kita berkongsi rasa bimbang menyaksikan apa yang berlaku.

Juga, sebagai seorang pembisnes, yang mana terdapat lebih 1000 keluarga yang bernaung di bawah syarikat saya, keadaan yang berlaku pada saat ini pastinya sesuatu yang membimbangkan buat sejumlah besar keluarga yang kami naungi, kerana ia pengalaman yang tidak pernah kita lalui sebelum ini.

Kita saksikan bagaimana orang hilang nyawa, aktiviti dan bisnes terhenti, syarikat runtuh, matawang jatuh, manusia kelaparan dan ketakutan serta negara-negara di seluruh dunia berada dalam keadaan semakin buntu dan keliru oleh serangan wabak COVID-19.

Namun, takut dan bimbang ini pastinya akan hanya menggoncang kuat diri kita dan tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali ia berpotensi terus menelan dan menghenyak diri kita ke bawah. Spiral down.

Kita perlu menerima hakikat bahawa perkara buruk ini sedang berlaku. Ia menakutkan dan ia benar-benar berlaku. Dengan meyakini janji Allah SWT di dalam Surah Yusuf yang indah,12:87, putus asa itu bukan kita.

“… janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah, Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
(Terjemahan Surah Yusuf, 12: 87)

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dengan semua institusi yang ada, Badan Perniagaan serta institusi keluarga di Malaysia perlu segera bergabung dalam satu semangat untuk saling mendukung dan menyokong.

Pertama dan utama, kita perlu beriltizam untuk tidak berputus asa dari Rahmat Allah SWT.

#JanganPutusAsaMalaysia.

Kita tidak akan menyerah kalah. Kerana Allah ada. Kita melihat bagaimana jatuh dan bangun berlaku dalam sejarah manusia, sepertimana Ahsan Al Qasas, kisah terindah dalam Surah Yusuf, kisah jatuh dan bangun yang ekstrim dan akhirnya Nabi Yusuf yang terus berpegang pada kebaikan mendapat kemenangan disisi Allah SWT.

Kerana itu, saya ingin mengajak agar kita memulakan kempen #JanganPutusAsaMalaysia ini secara meluas.

Kita akan memulakan new normal, sebuah kebiasaan baru untuk saling menginspirasi dan memberi semangat pada sesama kita.

Apa yang paling mudah boleh kita lakukan?

▪Tukar FB Camera Frame & Profail FBanda dengan frame #JanganPutusAsaMalaysia

▪Gelombangkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar di media sosial:#JanganPutusAsaMalaysia

▪ Banjiri media sosial dengan hantaran kata-kata positif, kongsi kisah inspirasi, gambar serta momen indah bersama sahabat dan keluarga dan ingat, letakkan tanda pagar #JanganPutusAsaMalaysia

Ayuh saudaraku, kita kongsikan semangat dan nilainya dari ayat 87 Surah Yusuf ini. Kita kembalikan keyakinan dan positiviti untuk bangkit semula.

Salam juang. Kita bina legasi ini ke Syurga.

Mohon SHARE.

Saudaramu,

Hussamuddin Hj Yaacub
Sinar Harian
Kumpulan Media Karangkraf

FB camera frame: www.facebook.com/fbcameraeffects/tryit/502652860411979/
FB profile picture: www.facebook.com/profilepicframes/?selected_overlay_id=226556855218267

keyword: jangan putus asa Malaysia

Iklan

About Meen

Biodata Penulis
Iklan