Covid-19 vs PRN Sabah: Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa

No Image Caption
A
A
A

ESOK, tanggal 26 September kita akan sama-sama merasai bahang hari mengundi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN). Namun demikian, jangan alpa kerana wabak Covid-19 masih lagi agresif terutamanya di sana.

Buktinya, semalam sahaja negeri itu merekodkan 36 kes warganegara dan 27 kes bukan warganegara.

Rentetan daripada topik berkenaan, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, , Datuk Dr Zainal Ariffin Omar melalui Facebooknya melontar beberapa pandangan.

“Saya banyak menerima permintaan pendapat dan maklum balas mengenai Covid-19 dan PRN Sabah. Termasuk daripada komuniti di Sabah,” katanya.

Ini antara pendapat jujur dan profesional daripadanya:

1. Covid-19 di Sabah bukan lagi time-bombs tetapi ialah chain of hidden-bombs yang telah meletus dan terus meletus (pewujudan kes dan kluster) di sana-sini.

2. Daripada info dalam pelbagai media, Covid-19 di Sabah telah berada dalam komuniti dan menjangkiti pelbagai lapisan termasuk rakyat tempatan dan pekerja kesihatan.

3. Pada masa ini juga, Sabah mempunyai banyak elemen iaitu kes banyak dalam komuniti, kes dan kluster yang bertambah dengan cepat, kumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin dan bukan warganegara yang besar, mobilisasi dan interaksi awam yang sangat besar termasuk yang datang dari luar Sabah.

“Potensi untuk menjadi tsunami Covid-19 sangat besar. Sabah sudah menjadi mini-Filipina atau mini-Indonesia dari segi kes tetapi bernasib baik kerana mempunyai sistem, sumber dan sokongan kesihatan di peringkat negeri dan persekutuan sangat yang baik,” tulisnya lagi.

Artikel berkaitan: PRN Sabah: KKM rayu ikuti SOP bantu negara kawal penularan Covid-19

Artikel berkaitan: PRN Sabah: Senarai SOP lengkap hari mengundi dan ketika penjumlahan rasmi undi

4. Banyak pihak melihat keadaan di Sabah seperti ‘Do or Die'.

Ia diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak atau ‘catch 22’.

A very difficult political decision. Dalam waktu yang sama kita sangat simpati dan memberi sokongan kepada frontliners terutama staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia, tentera, rela dan semua anggota suruhanjaya pilihan raya selain pihak kerajaan persekutuan kerana mengambil tindakan yang betul, tepat dan cepat.

5. Aspek kesihatan awam, kerajaan , Majlis Keselamatan Negara dan KKM harus mengawal (mitigasi) wabak Covid-19 di Sabah dengan menambah sumber-sumber, mobilisasi sumber dari negeri lain, meningkatkan ‘urgently’ keupayaan fasiliti perubatan dan kesihatan bagi menghadapi kes yang semakin bertambah.

6. Pastinya, kerajaan akan melakukan langkah yang lebih tegas, drastik dan berkesan selepas PRN. Oleh itu semua pihak mesti ambil patuhi kepada SOP dengan ketat, hindari perhimpunan yang tidak perlu dan lain-lain.

7. Memandangkan pergerakan yang besar keluar-masuk ke Sabah kerana kempen PRN dan ada bukti jangkitan telah berlaku daripada situasi ini, bagi mengelakkan perebakan yang besar dan meluas di negeri-negeri lain, mungkin kerajaan sudah boleh timbangkan langkah kuarantin dan ujian Covid-19 bagi kemasukan dari Sabah ke mana-mana negeri lain di Malaysia.

“Ini hanyalah sekadar pandangan, bukan nasihat kepada mana-mana pihak,” tulisnya di akhir entri Facebook tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca