SEPERTI apa yang tular dan membanjiri media sosial hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sejak awal pagi tadi, para penyokong beliau dilihat telah hadir di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan berkenaan.

Namun begitu, apa yang lebih membimbangkan warganet adalah berkenaan perhimpunan yang dibuat oleh pengikut setia Najib.

Perkara tersebut berlaku di hadapan mahkamah dan lebih malang lagi orang ramai berasak-asak tanpa sebarang penjarakan sosial.

Hal ini pastinya membimbangkan rakyat Malaysia dan sudah tentu mereka melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berhubung larangan berhimpun dalam jumlah yang ramai.

Covid-19 : Warganet bimbang wujud ‘kluster Boosku’

Justeru itu, di media sosial, melalu ruangan komen rata-rata warganet berang dan tidak senang melihat situasi yang sedang berlaku kini lebih-lebih lagi ketika negara berdepan ancaman kenaikkan jumlah positif kes Covid-19.

Sehingga ada dalam kalangan orang ramai yang mendakwa kejadian hari ini mampu menyebabkan kluster baru yang digelar mereka ‘kluster Bossku’ seiring dengan trademark Najib yang sering dikaitkan dengan perkataan ‘Bossku’.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diseru orang ramai bagi membuat pemantauan dan siasatan berkenaan kejadian tersebut.

Iklan

Memang peningla kalau ada kluster baharu sebabkan hal ini!

Oleh hal yang demikian, melalui perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Firdaus Azil melalui satu video yang dibuat naik beberapa jam yang lalu, pihak berkuasa dilihat telah mulai membuat amaran kepada mereka yang berdegil degan terus melakukan berhimpun di hadapan mahkamah.

Iklan

Pihak polis telah menggunakan pembesar suara bagi meminta orang ramai bersurai kerana tiada SOP penjarakan sosial berlaku.

Tolonglah guys faham! Jangan pentingkan diri sendiri!