WAKTU rayalah mak-mak akan sibuk mengeluarkan teko yang tersimpan lama di dalam kabinet untuk digunakan semasa menghidangkan minuman.

Namun apa yang mengecewakan, teko tersebut mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan ini sekali gus merosakkan mood untuk kita menggunakan.

Jangan risau, sebenarnya ada cara atau petua untuk elakkan daripada tragedi teko berbau ni berlaku. Untuk itu, jom cuba tiga cara ini.

1. Cara pertama

Ambil daun pandan dan dipotong 2 inci, kemudian masukkan ke dalam teko sebelum disimpan kemas di dalam almari. Cara ini akan menjadikan teko bukan sahaja berbau harum malah mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kabinet dapur.

2. Cara kedua

  • Basuh bersih teko dan keringkan.
  • Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
  • Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.

3. Cara ketiga

Iklan

Sebelum teko ingin disimpan lama, cuci terlebih dahulu dengan soda bikarbonat untuk pastikan mampu menyerap dan menghapuskan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam teko dan biarkan seketika sebelum dibilas. Kemudian keringkan dan bolehlah disimpan teko tersebut untuk digunakan pada masa akan datang tanpa ada kesan bau yang tidak diingini.

Iklan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNPSLASH