BARU-BARU ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang perempuan di laman sosialnya.

Perkara itu menjadi bualan ramai kerana sikap ‘keberaniannya’ sehingga menghebahkan sebagai tontonan umum.
Perkara berkenaan turut mendapat perhatian seorang pegawai perubatan, Dr Arisman.

“Saya tak pernah jumpa lagi sahabat-sahabat doktor, pakar, jururawat atau pembantu pegawai perubatan) yang berani cucuk jarum ke tangan sendiri seperti dalam video tersebut. Psycho juga orang seperti ini,”.

Itu reaksi pertama Dr Arisman tatkala memberi hujahnya mengenai kejadian yang berlaku itu.

“Sebenarnya ia tidak normal bagi orang yang normal untuk melakukannya.

“Pelakon dalam video tersebut sepertinya tidak memahami komplikasi yang akan berlaku jika tidak dilakukan dengan benar procedure intravenous canulation (sama ada branula atau menggunakan jarum butterfly tersebut),” jelasnya.

Komplikasinya seperti phlebitis, extravasation, air embolism, infection, thrombophlebitis, hematoma, hemorrhage dan tersalah cucuk saluran darah iaitu arterial canulation. Bahaya!

“Semua ubat atau intravenous (IV) drip yang diberikan adalah perlu masuk ke dalam saluran darah vena, bukan arteri! Tu sebab hanya petugas kesihatan bertauliah sahaja yang dibenarkan lakukan procedure ini!,” tegas Dr Arisman.

Sebenarnya, IV vitamin C atau nama lain Ascorbic Acid (AA) adalah tidak sah atau illegal dipakai sama ada untuk tujuan kosmetik atau kesihatan dalam Malaysia.

Iklan

Baca juga Klorin berbau rupanya telah dicemari air kencing, najis. Bahaya untuk anak-anak

“Terang-terang salah pada awalnya. Menjual dan mempraktis jualan IV vitamin C adalah dilarang dan haram dalam Malaysia.

Iklan

“Kami tahu ada klinik swasta sama ada estetik atau klinik biasa yang masih memperbodohkan masyarakat dan pertaruhkan nyawa pengguna demi mencari keuntungan dan tebal poket mereka semata. Ada yang sanggup datang ke rumah dan suntik IV drip vitamin C,” tuturnya.

Bukti jelasnya, menurut laporan Bernama pada 10 Mac 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan pendaftaran di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sekiranya ada dalam kalangan doktor yang menawarkan khidmat suntikan Vitamin C. Ini kerana suntikan tersebut sememangnya tidak diiktiraf oleh KKM malah turut tidak dibenarkan dijual di negara ini.

Hati-hati semua. Moga bermanfaat.