CUTI wanita bersalin menjadi topik yang menarik perhatian ramai, lagi bertambah menarik apabila ia diputuskan untuk dipanjangkan menjadi 98 hari.

Sebelum ini kerajaan memutuskan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 itu berkuat kuasa 1 September ini, pun begitu, ia ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu termasuklah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berikut 9 perincian berkaitan;

1. Penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari semalam, selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.

2. Ujarnya, sebelum pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan, beliau dipertanggungjawabkan mengadakan pelbagai sesi perbincangan dengan semua pemegang taruh, khususnya pihak industri.

3. Pihak industri sebulat suara merayu supaya ia ditangguhkan kerana mereka perlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.

Baca juga Waktu kerja 45 jam seminggu di Malaysia berkuat kuasa 1 September, 4 fakta berkaitan

4. Selepas dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet itu, semua anggota Kabinet berpendapat, perlu menangguhkan kuat kuasa ini dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menetapkan ia dilanjutkan ke 1 Januari 2023.

5. Pihak industri juga masih berdepan isu kekurangan tenaga kerja asing berikutan kemasukan pekerja asing yang masih perlahan, dan dalam situasi itu, pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 berpotensi menjejaskan industri.

Iklan

6. Bagaimanapun, Saravanan menegaskan dan memberi jaminan bahawa penangguhan itu adalah yang terakhir dan ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengira sebarang alasan diberikan majikan.

7. Kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan berpandangan penangguhan tiga bulan itu adalah langkah terbaik bagi mengelak majikan membuang pekerja akibat terkesan dengan penguatkuasaan akta berkenaan.

8. Tentunya KSM lebih prihatin pada pekerja. Namun, ia juga tanggungjawab bersama untuk melindungi majikan supaya kepentingan pekerja terpelihara,

Iklan

9. Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu meluluskan pindaan Akta Kerja 1955, sebelum ia diluluskan di Dewan Negara lapan hari kemudian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.