TIBA sahaja cuti sekolah, pasti musim berkhatan pun bermula. Berkhatan beramai-ramai menyebabkan si anak teruja dan ada juga yang memilih untuk melakukannya secara perseorangan di klinik atau hospital swasta.

Pelbagai teknik berkhatan telah dicipta seiring dengan perkembangan teknologi perubatan. Walau apa pun kaedah yang digunakan, penting bagi ibu bapa untuk mempersiapkan mental dan fizikal anak-anak agar prosedur berjalan dengan lancar serta mengelakkan trauma.

Baca juga: Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat

Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa info penting yang ibu bapa perlu tahu berkenaan berkhatan:

1-Penyembuhan luka khatan tidak sama bagi setiap anak, hatta adik-beradik sekalipun.

2-Biasanya ia mengambil masa sekitar seminggu hingga tiga minggu.

3-Kenapa ada yang mengambil masa sehingga tiga minggu? Ini kerana ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka lambat kering.

4- Justeru, ia perlu terus dibersihkan dan dikeringkan hingga semua keruping tanggal.

5-Paling penting, setiap kali selepas buang air atau mandi luka perlu dikeringkan. Anak biasanya meraung tidak benarkan sentuh, jadi pandai-pandailah ibu bapa memujuk. Paling tidak, halakan kepada kipas supaya kering.

Baca juga: Masuk Jawi imbau kenangan berkhatan cara lama

6-Jangan letak sebarang serbuk daripada perubatan alternatif seperti sengsei.

7-Tidak perlu berpantang keterlaluan. Protein penting untuk penyembuhan luka dan jika anak tiada apa-apa alahan, makanlah sekadar sahaja yang penting berkhasiat.

8-Jika ada pendarahan yang sedikit-sikit pada hari pertama dan kedua itu biasa. Ibu bapa atau penjaga boleh menekapnya  dengan tisu bersih dalam seminit atau dua minit.

9-Namun jika pendarahan masih tidak berhenti, segera dapatkan rawatan daripada doktor.

10-Sekiranya ada tanda-tanda yang lain, segera bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Turut dikongsikan beberapa jenis luka selepas berkhatan yang iaitu seperti berikut:

11-Gelembung ‘pelampung’ muncul kerana cairan putih. Ia akan susut dalam masa satu hingga tiga minggu.

12-Keruping pada tempat dijahit. Tunggu kering dan ia akan tanggal.

Iklan

13-Bagi yang buta, luka keruping menjadi tebal dan besar. Bersihkan luka dan keringkan seperti biasa.

14-Keruping pada bahagian kepala zakar krana proses penyembuhan akibat kulit melekat yang dilepaskan.

15-Bercampur lapisan keruping hitam, coklat, putih kuning (bukan nanah). Jika ini terjadi bersihkan dan keringkan. Apabila benar-benar sembuh tanggalkan keruping.

Baca  juga: [VIDEO] Anak sindrom down juga wajib berkhatan. Ibu ayah kena ambil tahu perkara ini

Iklan

ENAM KEADAAN BAHAYA KANAK-KANAK SELEPAS BERKHATAN

1-Merah menyala dan tidak surut.
2-Demam bersuhu tinggi.
3-Pendarahan tidak berhenti.
4-Gelembung dan tidak kering langsung.
5-Gelembung berisi nanah, berbau dan sakit
6-Sentiasa sakit

“Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sedia kala.

“Asbab sudah bersunat, maka ibu bapa perlu ajarkan anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya daripada zina dan maksiat,” titip  Dr Adelin Zin menerusi perkongsian  di Public Health.

Baca juga: Boleh makan ayam, telur, ikan, kicap dan sayur, ini tip penjagaan luka berkhatan

Sumber: Dr Adelin Zin via Public Health

Kredit foto: Sinar Harian 1, 2 Freepik