Dah boleh main golf, apa SOP yang perlu dipatuhi?

No Image Caption
A
A
A

SEJAK akhir-akhir ini, populariti pelancongan golf semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Golf bukan sahaja untuk golongan yang sudah berusia sebaliknya orang muda juga, sudah mula ramai yang meminati sukan ini.

Maka tidak hairanlah jika ada yang melancong semata-mata untuk bermain golf sama ada untuk mendapatkan pengalaman baru atau mengambil bahagian dalam kejohanan golf yang diadakan di seluruh dunia.

Golf adalah sukan yang dimainkan dilebih 208 negara, termasuk Malaysia. Oleh itu, banyak negara melihat sukan ini sebagai prospek untuk mendapatkan keuntungan bagi meningkatkan ekonomi negara.

Setiap negara akan berusaha sebaik mungkin untuk membina dan menaik-taraf kelab-kelab golf bagi menarik kedatangan pelancong. Tidak lupa juga, turut bersaing untuk menjadi tuan rumah kepada acara dan kejohanan golf terkemuka dunia.

Namun begitu, pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia telah menyebabkan banyak acara golf yang telah dirancang ditunda ke tahun hadapan. Mungkin juga ada yang dibatalkan serta-merta.

Di negara kita, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan kita bergerak merentas negeri dan sektor-sektor pernigaan termasuk kelab golf kini telah dibuka. Namun perlu mematuhi SOP (Standard Operations Procedures) yang ditetapkan.

Seperti contoh, kelab-kelab golf di Selangor kembali beroperasi pasca Covid-19 dengan menjalankan SOP yang ketat untuk memastikan keselamatan para pemain golf.

Ahli kelab golf diwajibkan untuk mendaftar masuk manakala bukan ahli perlu mengisi Borang Deklarasi Kesihatan.

Mereka kemudiannya perlu melalui saringan kesihatan wajib.

Selain itu, kereta elektrik atau buggy ditambah kuantiti serta dipasang dengan plastik pemisah antara pemandu dan penumpang.

Para pemain golf juga perlu memastikan jarak 1 meter dipatuhi ketika beratur dan pondok pemula atau starter hubs tidak dibuka untuk umum.

Hal ini bagi memastikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kebersihan.

Malah, sesetengah kelab golf di Selangor seperti Kota Permai Golf & Country Club turut mengambil langkah yang lebih menjamin kebersihan dengan pengenalan “contactless ball extractor” atau mesin pelancar bola secara automatik bagi meminimakan sentuhan secara terus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca