Dah boleh riadah dengan keluarga di Legoland janji patuhi SOP

Dah boleh riadah dengan keluarga di Legoland janji patuhi SOP
Dah boleh riadah dengan keluarga di Legoland janji patuhi SOP
A
A
A

SELEPAS ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik Covid-19, kini ada berita baik buat korang untuk beriadah bersama keluarga.

Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung dengan beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.

Memetik laporan media tempatan, Pengarah Bahagian, Lim Choong Sean berkata, taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif.

Beliau berkata, dengan pembukaan semula operasinya yang sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.

Jadi, korang kalau nak bergembira dan beriadah bersama keluarga pun jangan belakangkan SOP!

“Kami perlu mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal. Kami turut menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja.

“Kami turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya.

Katanya, resort taman tema itu turut menerima sambutan di luar jangkaan semasa dibuka semula khamis lepas.

Bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung, Legoland Malaysia Resort turut menawarkan pelbagai promosi menarik kepada orang ramai.

“Contohnya, tempah satu malam di Legoland Hotel dan percuma untuk malam kedua, dan sekiranya pengunjung menempah tiket satu hari di taman tema itu, mereka akan menerima satu lagi tiket percuma.

“Pelbagai tawaran menarik dan fleksibel disediakan untuk menarik semula kehadiran pengunjung ke Legoland,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca