Darurat mengejut! Syed Saddiq yakin PKP berlanjutan hingga Ogos, gesa kerajaan sediakan perlindungan moratorium

“Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah satu tindakan yang terlalu drastik dan dilihat terburu-buru,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah satu tindakan yang terlalu drastik dan dilihat terburu-buru,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
A
A
A

“Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah satu tindakan yang terlalu drastik dan dilihat terburu-buru,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu menyuarakan pandangannya setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Syed Saddiq dalam posting Facebooknya juga memaklumkan reaksi daripada rakyat juga mencerminkan rancangan darurat itu tidak dilakukan dengan baik.

“Seharusnya, Jemaah Menteri buatlah perbincangan awal dengan rapi, tapi saya lihat ia tidak berjaya diterjemah dengan baik.

“Jadi saya nak gesa kerajaan untuk terus bentangkan rancangan menghadapi darurat,” tulisnya.

Syed Saddiq membangkitkan tiga perkara berhubung darurat serta peranan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0)

Pertama, kerajaan haruslah memanggil blok pembangkang untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi memastikan urus tadbir dan hala tuju negara akan bergerak dengan lancar dan stabil.

Kerajaan harus bertindak adil dan saksama dengan pembangkang kerana darurat yang diisytiharkan secara rasmi ini adalah bertujuan untuk melawan wabak pandemik Covid-19.

Kedua, kerajaan harus segera membentangkan rancangan untuk melindungi kebajikan ekonomi rakyat.

“Walaupun perlaksanaan PKP ini hanya dibuat selama 14 hari, saya jangka tempoh ini akan dilanjutkan.

“Malah, pengisytiharan darurat sebentar tadi menyakinkan saya bahawa ia akan berlanjutan sehingga Ogos 2021, tulisnya lagi.

Jadi, kerajaan harus sediakan perlindungan moratorium secara menyeluruh kepada rakyat.

Bantuan wang tunai juga harus segera diumumkan dan dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula pada hujung bulan Januari.

Tidak ada alasan lagi untuk membiarkan rakyat tanpa perlindungan ekonomi oleh kerajaan.

Ketiga, walaupun pembangkang tidak mahu adakan PRU kerana ketidaktentuan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara, ia tidaklah hanya boleh dicapai dengan mengisytiharkan darurat.

Kerajaan seharusnya fokus dan segera laksanakan pelan untuk menghadapi krisis dan darurat bukan jawapan yang tepat.

Namun, ia sudah diisytihar pada pagi tadi. Maka, kerajaan harus segera terima gesaan dan panggil pembangkang untuk terlibat sama dalam urus tadbir negara.

“Saya harap keluh kesah rakyat akan dapat diredakan dengan segera oleh kerajaan,” katanya penuh harapan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca