Demam panas tiba-tiba, simptom influenza, ini tindakan pantas perlu ibu ayah buat
DEMAM panas yang tiba-tiba menyerang, selain membuat pemeriksaan Covid-19, anda juga perlu membuat ujian influenza.
Musim sekarang ini perlu lebih berhati-hati. Jika demam secara tiba-tiba dan pakej pula dengan batuk serta selsema ia mungkin antara simptom dijangkiti virus influenza (flu).
Apa yang lebih merisaukan, jika lambat mendapat rawatan ia boleh menyebabkan pelbagai kompilasi sekali gus kematian.
Baca juga Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil
Bagi lebih memahami mengenai virus jahat itu, Dr Mansor Ramli yang bertugas di Klinik TTDI Bangi ada memberi sedikit kupasan untuk panduan ibu bapa.
Menurutnya, virus influenza amat mudah menjangkiti anak kecil yang berusia lima tahun ke bawah dan warga emas berusia 65 tahun ke atas.
Bahayanya virus berkenaan jika dibiarkan tanpa atau lewat dirawat boleh menyebabkan pelbagai kompilasi berbahaya antaranya jangkitan pada telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.
Normalnya, demam yang biasa suhu badan seseorang akan meningkat secara berperingkat.
Namun bagi demam influenza A atau B, demam panas secara tiba-tiba dengan suhu yang tinggi sekitar 38 hingga 39 darjah celcius.
Baca juga Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A
Pesakit juga akan mengalami simptom seperti;
1. Keletihan
2. Cirit-birit
3. Sakit perut
4. Sakit tekak
5. Sakit kepala
6. Selsema
7. Batuk
8. Tiada selera makan
Seandainya semua simptom ini berlaku kepada anak-anak atau ibu bapa anda serta diri sendiri, Dr Aman nasihatkan segera membawa mereka ke hospital untuk melakukan pemeriksaan bagi rawatan segera.
Selain itu, Dr Aman turut memberi sedikit tip yang boleh dilakukan ibu bapa sendiri di rumah bagi merawat anak-anak sebelum di bawa ke hospital;
1. Bagi ubat demam.
2. Kerapkan jerlum.
Jerlum selepas dua jam makan ubat demam.
3. Mandikan anak.
Selepas dua jam makan ubat demam, jerlum sehingga sejuk baru boleh dimandikan. Mandi sekurang-kurangkan tiga kali sehari.
4. Bagi vitamin C.
Bagi vitamin C atau air yang mengandungi vitamin seperti air buah, minuman sejuk seperti Vitagen, Yakult dan air-air yang manis yang boleh diminum.
Jangan bagi air panas, makanan masam atau pedas.
Air yang cukup boleh kurangkan kompilasi dan memberi cepat kesembuhan.
Untuk tindakan lanjut, pastikan bawa untuk berjumpa doktor. Biasanya, demam influenza juga akan sembuh dengan sendiri dalam lima sehingga tujuh hari.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang