KORANG lena tidur di bantal dan di balik selimut yang empuk. Pernah tak terfikir, apakah bahan yang digunakan untuk membuat bantal dan selimut empuk hingga sukar bangun pagi itu?

Barangkali bagi yang sudah tidak mempunyai sifat-sifat kemanusiaan tidak akan merasa apa-apa. Begitupun, jika korang yang berjiwa insan pasti tak lena dibuai mimpi jika tahu apakah 'material' yang digunakan.

Pendek kata, boleh mimpi ngeri dibuatnya...

Sesungguhnya ambillah cakna tentang di sebalik di tempat tidur korang itu, ada makhluk Tuhan yang terseksa dalam menawarkan keselesaan kepada korang.

Itulah haiwan yang bernama angsa yang ditogelkan bulunya untuk menghasilkan bantal dan selimut yang empuk.

Jika ia dilakukan dengan cara kemanusiaan mungkin tiada masalah. Begitupun, bayangkanlah keadaan bulunya yang diambil hingga badan yang togel luka berdarah. Betapa kejamnya manusia!

Runtun hati

Gambaran tentang proses mengambil bulu angsa yang dikongsikan page Facebook yang banyak membangkitkan soal dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan, Earth in Crisis baru-baru ini sememangnya mengundang runtun di hati netizen.

Iklan

Menurut perkongsian Earth in Crisis, bukan itu sahaja, sebenarnya menyokong kekejaman industri mendapatkan bahan untuk produk bantal dan selimut seumpamanya juga seperti menyokong tindakan kejam tersebut.

"Ramai petani yang memelihara angsa untuk menjual dagingnya mengaut keuntungan tambahan dengan menjual bulu angsa juga.

"Di rumah penyembelihan, banyak burung ini mati dengan cara tidak sepatutnya. Maksudnya mereka masih dalam keadaan sedar ketika kerongkongnya dipegang dan bulunya disiat," tulis Earth in Crisis di Facebooknya baru-baru ini.

Foto yang dikongsikan page Facebook, Earth in Crisis.

Kongsi Earth in Crisis, satu-satunya cara untuk menghentikan secara langsung dan memastikan bahawa tidak ada angsa dan haiwan seumpamanya yang menderita, lihatlah pakaian atau tempat tidur korang.

Iklan

Pilihlah bahan yang 'bebas kekejaman', katanya.

"Harap maklum - kekejaman haiwan yang sama terdapat pada kulit, bulu, industri bulu dan produk kulit eksotik lain seperti ular dan produk kulit buaya.

"Boikot produk yang dibuat dengan anggota haiwan seperti kulit binatang. Sentiasa cuba mencari alternatif yang bebas dari kekejaman.
Tolong buat pilihan kemanusiaan," kata Earth in Crisis di posting yang mendapat lebih 30k share itu.

Ternyata perkongsian berkenaan turut mendapat kecaman netizen:

Nanas
@malegorgon
Selama ini gue pikir bantal/ guling dibuat dari angsa yang udah mati. Ternyata....

Ummu
Ya Allah, sadisnya...
Semoga mereka berhenti dr kekejamannya, atau Allah yang akn menghentikan mereka dg caraNya...

Khoo Rosemarie
Oh my gosh..I did not know that . I won't use another down comforter n pillow any more