LAZIMNYA majlis ijab kabul dilakukan di masjid memberikan momen yang indah.

Setelah sekian lama dilangsungkan secara maya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya membuka ruang buat bakal raja sehari untuk melaksanakan akad nikah di masjid mulai 15 September 2020. Ia termasuk juga akad nikah yang dijalankan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah di negeri itu.

JAIS menerusi perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari.

Baca juga Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang

Bagaimanapun, kehadiran adalah dihadkan kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Sehubungan itu, JAIS menyatakan mereka yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi perlu memenuhi kriteria iaitu:

  • Melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac.

  • Bagi penerima vaksin Johnson & Johnson serta CanSino adalah melepasi 28 hari.

Manakala bagi bakal pengantin dan wali yang belum lengkap vaksinasi, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) perlu dilakukan dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

Dalam pada itu, JAIS mengingatkan pihak-pihak yang terlibat dalam urusan akad nikah untuk mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan kerajaan negeri, berkaitan langkah-langkah keselamatan.

Iklan

“Jika terdapat pelanggaran ketetapan semasa, pihak Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguh atau membatalkan majlis akad nikah.

“Tindakan tegas wajar diambil jika ada mana-mana individu atau pihak didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan,”katanya.

Iklan

Bagi korang yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-55143400 / 03-55143600 atau e-mel: buuk@jais.gov.my.

Sumber: JAIS