Di sebalik Covid-19: Masa untuk bersama keluarga

famili
famili
A
A
A

SEBELUM ini peluang untuk bersama keluarga biasanya pada hujung minggu. Namun begitu susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan inilah masa ideal untuk kita 'membayar' semula ruang bersama famili dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Jadi inilah aktiviti yang anda boleh buat mengisi masa lapang bersama keluarga buat masa ini.

Mengemas dan menghias rumah

famili

Masa inilah sesuai untuk kita mengemas dan menghias rumah. Rumah yang bersih dan kemas dapat menjamin keluarga bahagia. Tambahan pula, mengemas rumah bersama anak-anak dapat melatih anak-anak menjadi seorang yang bertanggunjawab dan berdikari. Berilah peluang untuk anak-anak menghias dan mengemas rumah, mereka pasti menyukainya.

Cuci kereta

famili kereta

Anak-anak pasti menyukai air dan buih sabun lagi-lagi anak kecil kan. Aktiviti membasuh kereta sememangnya aktiviti menyeronokkan kerana anak-anak lebih suka bermain dengan air dan buih sabun di mana mereka dapat berseronok bersama ibu-bapa mereka.

Spa di rumah

famili spa

Aktiviti spa di rumah boleh dilakukan bersama anak-anak dan ibu bapa. Sebagai anak apa kata anda beri urutan kepada kedua-dua ibu bapa anda. Boleh juga pakaikan pupur muka, lakukan pedicure dan manicure dan sebagainya.

Solat berjemaah

famili solat

Paling penting adalah solat jemaah bagi menguatkan kebahagiaan dan ikatan kekeluargaan agar dirahmati.

Menonton televisyen

famili tv

Jika sebelum ini sering menonton wayang di luar, sekarang bolehlah menonton televisyen bersama kerana aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan anda sekeluarga.

Keluarga adalah segalanya jadi jangan lupa sentiasa meluangkan masa bersama orang tersayang selagi masih bernafas =di muka bumi ini. Guna setiap masa yang ada untuk bersama mereka!

 

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Foto: Freepik Tirachardz,Unsplash 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca