You’ll never walk alone! Pastinya berita gembira buat peminat Liverpool apabila The Reds akhirnya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City tewas kepada Chelsea 2-1 awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini hanya memerlukan satu kemenangan sebelum dinobatkan sebagai juara selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield.

Namun kekalahan City yang berada di kedudukan kedua liga, mempercepatkan kemenangan itu umpama Liverpool boleh dikatakan menjuarai liga tanpa menyepak bola.

Lebih menarik, kemenangan hari ini merupakan sejarah baru dalam arena bola sepak Liga Perdana Inggeris apabila ini merupakan kali pertama dalam tempoh 30 tahun Liverpool menjuarai liga.

Selepas kemenangan ke-28 daripada 31 perlawanan musim ini, bintang Liverpool, Mohamed Salah menegaskan ‘sekarang detik untuk kami menjuarai liga’ dan 24 jam kemudian hajatnya tercapai.

Secara tak langsung kini nama Mohamed Salah heboh diperkatakan terutama sekali bagi peminat sukan bola sepak.

Namun siapakah dirinya yang sebenar dan kenapa beliau menerima publisiti meluas.

Buat pengetahuan korang, Mohamed Salah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) baru-baru ini.

Disebalik kejayaan Liverpool, siapa Mohamed Salah?

Oleh itu, jom SinarPlus kongsikan serba sedikit latar belakang dan kejayaan Mohamed Salah.

Mohamed Salah Ghaly lahir pada 15 Jun 1992 merupakan pemain bola sepak Mesir yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan untuk pasukan kebangsaan Mesir. Beliau bermain di posisi sayap.

Dalam pasaran bola sepak, penyerang Mesir berusia 25 tahun itu dianggar bernilai £29.75 juta pound berdasarkan laman web Transfer Market UK.

Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) dari AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool. (Sumber: Awani)

Beliau bermain dengan aksi yang cemerlang bersama pasukan kebangsaan Mesir pada usia yang awal, beliau memasuki kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Beliau juga memenangi Piala Super Swiss dalam musim pertamanya bersama kelab sensasi Switzerland, Basel dan dianugerahkan sebagai Pemain Bakat Harapan Terbaik CAF pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, beliau dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik SAFP merujuk kepada pemain terbaik di Liga Super Swiss.

Disebalik kejayaan Liverpool, siapa Mohamed Salah?

Iklan

Ketika penyampaian anugerah tersebut, beliau terpalit dengan kontroversi kerana dilaporkan enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss  ketika bermain untuk Basel.

“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” tuturnya.

Salah sudah pun berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Anak perempuannya itu diberi nama Makka bersempena nama kota suci umat Islam di mana ayat pertama al-Quran diturunkan buat pertama kali.

Mohamed Salah juga salah seorang pemain bola sepak muslim yang terbuka menunjukkan identiti Islamnya.

Salah seringkali mengekspresikan kegembiraannya selepas meledak gol dengan melakukan sujud syukur di padang. Pemain kelahiran Mesir, 15 Jun 1992 ini kerap menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.

Iklan

Disebalik kejayaan Liverpool, siapa Mohamed Salah?

Walaupun kini popular di seluruh dunia, Salah yang lahir dan besar di perkampungan Nagrig di wilayah bahagian barat Mesir tetap tidak melupakan tanah airnya. Dia kerap membantu orang-orang miskin, rumah sakit, sekolah, dan teman-temannya di masa kecil dulu.

Disebalik kejayaan Liverpool, siapa Mohamed Salah?

Salah pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.

Hebat! Tahniah Mohamed Salah!