DIY tisu basah homemade, jimat berganda!

DIY tisu basah homemade, jimat berganda!
DIY tisu basah homemade, jimat berganda!
A
A
A

BAGI para ibu yang mempunyai anak kecil, pasti mereka memerlukan tisu basah di rumah dan menjadi kewajipan untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Kadangkala mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan tisu basah yang berkualiti tetapi kini anda boleh jimat berganda kerana anda boleh membuat tisu basah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang senang dan mudah.

Lebih menarik lagi tisu basah homemade ini bukan sahaja untuk kegunaan bayi tetapi anda sendiri juga boleh menggunakannya untuk membersihkan muka, tangan dan sebagainya.

Ini adalah bahan yang anda perlu dalam penyediaan baby wipes

DIY tisu basah homemade, jimat berganda! Foto: bm.cari

Bahan-bahan:

  • 1 gulung tuala kertas
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar baby wash atau baby shampoo
  • 1 sudu besar baby oil

Langkah penyediaan:

Potong tuala kertas dan masukan ke dalam bekas (potongan mengikut bekas yang anda guna)

Masukkan 2 cawan air, 2 sudu baby wash dan 1 sudu besar baby oil ke dalam bekas tadi dan pastikan tuala kertas terendam seharian

DIY tisu basah homemade, jimat berganda!

Sudah siap, kalau anda nak guna anda perlu tarik sahaja tuala kertas di tengah

Mudah sahaja untuk buat tisu basah sendiri di rumah. Jadi anda boleh cuba ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca