PENULARAN covid-19 ketika ini cukup membimbangkan. Pelbagai langkah pengawalan dan pencegahan telah dilakukan di pelbagai peringkat. Antaranya perintah kawalan pergerakan.

Sementara itu, orang ramai juga nampaknya sentiasa bersedia dengan topeng muka jika ke mana-mana. Namun, semakin lama topeng muka ini telah semakin susut jumlahnya di pasaran akibat daripada permintaan yang tinggi.

Jadi, apa kata kita belajar menjahit topeng muka sendiri.

LANGKAH 1: GUNTING KAIN

Gunakan kain kapas atau kain apa-apa yang sesuai. Licin dan tak serap peluh dengan efektif.

DIY topeng muka: Boleh cuba buat sendiri

Untuk saiz dewasa boleh potong: 23cm x 13cm
Untuk saiz kanak-kanak boleh potong: 18cmx 11cm

LANGKAH 2: LIPAT KAIN

Langkah seterusnya membolehkan topeng muka berkembang. Macam topeng muka biasa yang kita beli dekat kedai yang disposable itu akan berlipat-lipat. Kita lipat dua atau tiga lipatan.

DIY topeng muka: Boleh cuba buat sendiri

LANGKAH 3: POTONG TALI

Tali ini boleh beli di kedai jahit. Atau pasar raya. Pastikan hujungnya dilayurkan atas api supaya ‘mati’. Supaya tidak berbulu. Ukurannya ikut panjang mana yang rasa sesuai dan boleh ikat.

Iklan

DIY topeng muka: Boleh cuba buat sendiri

LANGKAH 4: JAHIT

Mula-mula jahit di bahagian atas kain dan bawah kain. Disarankan lipat dua kali sebelum jahit sebab tak mahu tepi-tepi kain itu terkeluar nanti. Bila lipat dua akan nampak lebih kemas. Kemudian jahit bahagian tepi yang sudah dilipat tadi. Selepas itu ambil tali yang telah dipotong dan kemudian jahit di tepi kain tadi.

DIY topeng muka: Boleh cuba buat sendiri

Iklan

Dah siap!

Mudah dan simple kan?

Bukan sahaja selesa dipakai malah boleh dicuci berkali-kali untuk menjamin kebersihannya.

SUMBER DAN FOTO:
YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=4FB–BOyTiU