Doktor bongkar penipu Covid-19, caj RM150 pakai kad kredit!

AWAS! Scammer penunggang isu Covid-19, doktor bongkar modus operandi si penipu!
AWAS! Scammer penunggang isu Covid-19, doktor bongkar modus operandi si penipu!
A
A
A

"Hello, berdasarkan sistem kami tuan telah terdedah kepada seseorang yang positif Covid-19. Tuan dan keluarga perlu kuarantin di rumah dan menjalani ujian saringan Covid-19."

Siapa sahaja dalam kalangan kita pasti akan panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini.

Menurut Pengerusi dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, kita seharusnya peka dan meneliti kesahihan panggilan yang diterima sebelum mengambil apa-apa keputusan atau tindakan susulan.

“Jika betul- betul dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Negeri tak mengapa, tapi hati-hati dengan scammer yang menunggang isu Covid-19 yang sentiasa mencuri peluang untuk melakukan jenayah,” kongsi beliau di laman Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Firdaus baru-baru ini.

"Tuan dan keluarga perlu menjalani ujian Covid-19 dalam masa 72 jam dari sekarang. Kami akan hantar satu set ujian ke alamat tuan. Bayaran RM150 akan dicaj untuk ujian ini."

"Boleh tuan sebutkan nombor kad kredit dan tiga nombor terakhir di belakang kad?”

JANGAN...

JANGAN...

JANGAN...

JANGAN sesekali dedahkan nombor kad kredit atau butiran peribadi kita tanpa usul periksa!

Ini bukanlah SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kakitangan KKM tidak akan membuat panggilan untuk minta maklumat peribadi atau kad kredit.

Ya, tidak dinafikan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri akan hubungi jika ada keperluan "contact tracing".

Menurut Dr Ahmad Firdaus, panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan yang berkenaan.

Jika kita terima panggilan yang minta maklumat untuk urusan pembayaran, jangan berikan sebarang maklumat.

Dapatkan maklumat daripada pemanggil seperti nama dan institusi pemanggil. Rekodkan nombor telefon pemanggil dan saya cadangkan buat laporan polis.

Zaman sekarang, scammer akan gunakan keresahan dan panik masyarakat untuk membuat penipuan dan mengaut keuntungan.

Percayalah, apabila maklumat kad kredit dicuri, bukan RM150 sahaja yang hilang, mesti sampai "max out" had kredit terus.

Hati-hati ya! Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca