Doktor dedah kebaikan telur ayam kampung, ini fakta yang perlu diketahui

DI negara kita, telur merupakan makanan kegemaran ramai. Telur terbahagi kepada dua iaitu telur ayam kampung dan telur bandar.

Namun yang paling mendapat perhatian adalah telur ayam kampung. Doktor ini dedahkan kebaikannya.

Menerusi perkongsian Dr Suhazeli Abdullah dalam satu hantaran di Facebook menyatakan khasiat pertama telur ayam kampung ialah mampu menguatkan tenaga batin.

“Pengkaji dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini diambil dari ayam kampung di Norway tetapi bukan di Malaysia dan kajian ini ada sedikit berat sebelah serta jumlah sampel kajian sedikit sahaja.

“Sekali lagi telur yang digunakan adalah telur yang dikategorikan sebagai original yang jika sekiranya ia diram dan ditetaskan boleh hasilkan anak ayam. Oleh kerana telur biasa yang terdapat dalam pasaran kita ada terhasil daripada ayam penelor.

Baca juga Telur lauk kegemaran? Doktor dedah 5 fakta, mitos pengambilan wanita wajib tahu

Gambar fail.

“Ayam penelor tidak bersetubuh dengan ayam jantan sebelum ia bertelur. Menyebabkan telur yang dikeluarkan itu kebanyakannya adalah yang tidak fertile (tidak tersenyawa). Cara melihat telur fertile adalah dengan melihat tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae). Telur tersenyawa inilah mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan.

“Menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu dimakan dalam tempoh inkubasi samada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam. By right, tiga hari pertama dalam tempoh yang terbaik.

Baca juga Betulkah makan telur boleh lambatkan proses penyembuhan luka dan bernanah? Ini fakta yang ramai kena tahu

Iklan

“Kerana selepas daripada itu tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. Itu pasal orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk curi telur di atas sakok ayam,” jelas Dr Suhazeli.

Dalam pada itu, ujarnya lanjut, khasiat kedua ialah telur ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin.

“Kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa,” tegasnya.

Iklan

Moga perkongsian Dr Suhazeli ni dapat beri manfaat dan menambah pengetahuan anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.