Doktor ingatkan jangan berbohong demi nak balik raya

No Image Caption
A
A
A

BARU-BARU ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin telah mengumumkan orang ramai tidak dibenarkan untuk balik beraya bersama keluarga di kampung.

Bertepatan dengan isu pandamik Covid-19 yang masih belum pulih, orang ramai diminta untuk bersabar dan akur dengan keadaan yang berlaku.

Menerusi akaun Twitter @JemilahMahmood yang merupakan seorang doktor dan aktivis kemanusiaan, beliau mengingatkan orang ramai untuk memikirkan semula ‘plan’ untuk berbohong dan balik juga ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Saya dengar ramai yang plan untuk balik kampung beraya dan menipu dalam memberi sebab perjalanan.

“Warga emas mempunyai risiko amat tinggi.

“Tidakkah tragik dan sedih kalau anda atau anak-anak membawa virus kepada ibu bapa atuk nenek yang sudah tua?

“Fikir baik-baik. Raya setiap tahun ada,” tulisnya yang juga merupakan Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri.

Oleh itu, orang ramai diingatkan janganlah bersikap pentingkan diri sendiri.

Ingatlah semula tragedi yang berlaku di Iran beberapa hari sebelum perayaan Nowruz, rakyat Iran berpusu-pusu pulang ke kampung meskipun ditegah oleh pihak kerajaan mereka.

Lihatlah apa yang berlaku selepas itu, kes naik dengan mendadak sekali dan lebih menyedihkan banyak kes kematian dicatatkan.

Jadi, anggaplah perayaan tahun ini sebagai norma baru.

Jika sayang keluarga, jangan balik kampung…

#PastiAdaSinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca