KETIKA umat Islam lain selesa berbuka bersama keluarga di rumah, lain pula dengan frontliner kita. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana mereka menghadapi bulan Ramadan ini.

Salah seorang frontliner, Nurul Nadirah menceritakan pengalamannya bekerja dalam misi Covid-19 ketika di awal Ramadan melalui media sosial miliknya.

“Dugaan di awal Ramadan yang perlu ditempuhi untuk negara. Awal pagi semua bertenaga, beralih petang seorang demi seorang rebah.

“Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 orang pelajar dari Cairo.

“Kemasukan enam jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yang dah muntah, ada yang hampir pitam, ada yang badan dah menggigil.

“Bukan mudah nak lalui perjalanan ini. Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat,” tulisnya.

Nurul Nadirah memaklumkan, pasukannya menerima lebih kurang 20 bas pelajar yang baru pulang daripada Cairo. Kira-kira, 400 pelajar yang baru tiba di Malaysia perlu disaring.

Iklan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sinar Plus percaya bukan mudah pekerjaan dan situasi yang mereka sedang alami ketika ini.

Semoga keberkatan bulan Ramadan yang mulia, rantaian wabak Covid-19 segera pulih agar dapatlah para petugas barisan hadapan berehat dan berpeluang menyambut Ramadan seperti orang lain.

Iklan

Kita seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada frontliners yang bertugas demi kita semua. #PastiAdaSinar

Sumber : Nurul Nadirah