“ISTERI sekarang ini diduakan suami dengan telefon. Masa suami lebih dengan telefon berbanding isteri. Kalau rasa korang tak banyak tengok telefon dan tak banyak pegang telefon maka jangan terasa.”

Begitulah perkongsian Firdaus Syakirin dilaman Facebooknya.

Tidak dinafikan zaman sekarang memang memerlukan kepada gajet tersebut di atas pelbagai keperluan.

Di situlah tempat perhubungan komunikasi, urusan kerja, mendapat maklumat terkini, hiburan dan sebagainya.

Namun dalam hubungan suami isteri sekarang, dilihat dunia seorang isteri ialah suami namun dunia sesetengah lelaki adalah telefon!

Fakta atau auta? Jom kita lihat perkongsian beliau.

Berapa jam kita habiskan untuk telefon dan berapa jam pula spend masa untuk isteri?

“Alah, isteri sibuk dengan anak-anak, masak, buat kerja-kerja rumah, macam mana nak spend masa untuk dia? Dia ada kerja dia…”

Kalau isteri sibuk, tapi kita tak sibuk, maka ‘something wrong’. Kenapa dia tiada masa, tapi kita ada masa. Kenapa dia ada kerja dan tak boleh hadap telefon, tapi kita tiada kerja dan boleh hadap telefon? Kenapa kita tak menyibukkan diri sama-sama dengan dia, anak-anak dan kerja-kerja rumah?

“Tengah rehat kan…”

Rehat kita suami isteri ialah ketika tidur sahaja. Selebihnya, masing-masing kena saling bantu membantu meringankan bebanan dan mempercepatkan urusan.

Jika nak bagi alasan kita kerja, dia pun kerja. Kalau nak cakap dia duduk rumah, suri rumah sepenuh masa, anak-anak siapa hantar dan siapa ambil? Kerja sekolah anak-anak siapa yang ajar? Anak-anak makan siapa sediakan? Pakaian siapa jemur dan lipatkan? Rumah siapa kemas dan bersihkan?

Dunia seorang isteri ialah suami, dunia suami telefon!

Nak main telefon tak salah, boleh…

Iklan

Tapi selepas kita dah pun ‘settel’ apa yang patut kita selesaikan. Kita dah tolong isteri, kita dah bergaul dengan anak-anak, kita dah siapkan kerja-kerja rumah. Nak baik lagi kalau kita boleh bersembang dan bergurau dengan isteri dahulu sebelum pegang telefon.

Isteri bukan jaki sangat, bukan dengki sangat dengan suami yang asyik main telefon.

Kadang-kadang isteri itu terasa hati bila suami terlalu meluangkan masa untuk telefon, terlalu leka dengan telefon, terlalu fokus pada telefon berbanding isteri sendiri.

Kat tempat kerja dah main telefon. Balik rumah, main lagi…tengah makan tengok telefon, pergi tandas bawak telefon, sebelum tidur pun mengadap telefon.

Baca juga Ayah umpama hero, ini yang perlu bapa buat untuk anak perempuan

Iklan

Isteri cakap, dengar tak dengar sahaja. Pandang pun tidak… respon pendek-pendek. Kalau isteri cakap lebih-lebih terus melenting, marah-marah sebab isteri ‘ganggu’ suami dengan telefon. Betul ke tindakan tu? salah ke isteri nak perhatian suami pula?

Asyik telefon sahaja dapat perhatian suami.

Berpada-padalah ya! Teknologi tak salah, telefon pun tak salah. Orang yang menggunakan telefon sehingga terabai keutamaan dia itu yang salah.

Fikir-fikirkan, selamat beramal.