SEBUT sahaja pasal durian, korang pasti akan terbayang rupa bentuknya yang berduri, mempunyai isi kuning keemasan dan baunya yang menusuk kalbu.

Namun ada juga dalam kalangan kita yang tidak suka buah tersebut kerana dikatakan busuk dan rasanya pula kuat bergas. Haters durian la tu. Biasalah! Haha! Busuk-busuk pun beli pakai timbang kilo hokey!

Jadi, disebabkan oleh permintaan yang begitu hebat, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan tersebut sebagai sumber pendapatan.

Secara tidak langsung, tenaga pekerja juga diperlukan bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati keenakan raja buah tersebut.

Oleh sebab itu, sebuah kedai menjual durian terkenal yang dikenali sebagai Durianman SS2 terletak di Petaling Jaya, Selangor telah membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan gelaran Durian Knife Master.

Apa yang menarik, Durianman telah menetapkan beberapa kriteria tersendiri buat mereka yang bakal mengisi jawatan kosong yang dibuka sekali gus menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk berkunjung di kedai tersebut.

Kreteria yang diperlukan nampak mudah tetapi ada sedikit lucu. Haha! Selain daripada boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Mandarin dan Inggeris atau sekurangnya dua bahasa, korang yang ingin mengisi kekosongan jawatan tersebut juga haruslah tidak mempunyai bau badan yang lebih kuat daripada bau durian.

Tambahan pula bagi korang yang mempunyai 6-packs dan berpenampilan menarik, kerja ini berkemungkinan besar mampu menjadi milik anda dengan mudah.

Iklan

Selain itu, pandai membuka durian adalah perkara paling penting kerana mereka akan membuka banyak buah durian dalam satu hari andai diterima bekerja.

Gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan dengan RM2,500 dan keatas dalam satu bulan. Jadi, kalau korang rasa korang hensem, tidak berbau dan berbadan sado, Durianman SS2 sangat mengalu-alukan korang bekerja dengan mereka.

Iklan

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau rasa sado boleh la mohon cepat!

Sumber: Durianman SS2