Cef kongsi cara betul simpan daging, baru tahan lama & kekal segar walaupun setahun
HARI raya Aidil Adha pasti ramai yang akan melakukan korban.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan menurut pandangan ulama mazhab Shafie, 1/3 daripada daging haiwan yang dikorbankan boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya, 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin manakala baki 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Namun cara yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafie ialah menyedekahkan semuanya kecuali beberapa ketul atau suapan yang berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan.
JAKIM mendedahkan ia adalah amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan korban.
Mungkin ramai akan melakukan korban atau bakal menerima sedekah daging korban, SinarPlus ingin berkongsi tip tular penyimpanan daging yang dikongsikan Chef Mawi.
1-JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Elakkan mencuci daging sebelum disimpan kerana jika dicuci menggunakan air paip, kuman-kuman boleh masuk ke daging dan akan merosakan kualitinya. Anda disarankan mencucinya ketika daging berkenaan hendak dimasak.
2-JANGAN SEJUK BEKU DAGING DALAM KUANTITI BANYAK
Jika anda mempunyai kuantiti daging yang banyak, jangan simpan keseluruhan 2 hingga 4 kilogram (kg) di dalam peti sejuk beku sekali gus.
Seeloknya potong dan bahagikan kepada kuantiti atau saiz kemudian simpan di dalam plastik berasingan seberat 500 gram atau 1 kg.
Apabila hendak memasaknya, ambil daging pada kuantiti yang diingini manakala yang lain biarkan tetap beku. Insya-ALLAH daging dalam keadaan beku masih dalam keadaan baik biarpun disimpan lebih setahun.
3-JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU
Sebelum disimpan ke dalam freezer, seeloknya simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama empat hingga lima jam.
Selepas itu barulah dimasukkan ke dalam bahagian sejuk beku.
Baca juga: Jangan 'derhaka' pada resipi, mi sup daging pasti digemari
Baca juga: Tip mudah nak defrost daging kisar tanpa ambil masa lama. Simpan jer guna ice tray. Jimat masa!
Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging
4-JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ia menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal yang mengalir (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan seterusnya dimasak.
5-ELAKKAN PLASTIK HITAM
Jangan sesekali menggunakan plastik berwarna hitam kerana ia adalah hasil kitar semula dan mengandungi karsinogen yang boleh mengaktifkan sel kanser.
Sebaik-baiknya gunakanlah plastik putih atau plastik lut sinar yang boleh seal.Sumber:
Sumber: Chef Mawi, Art Of Butchery Inovasi Evolusi (Butchery Trading & Consultancy), JAKIM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang