Ceramah langgar syarat tauliah, program Ustaz Don di Selangor diarah tangguh

No Image Caption
A
A
A

ISU berkaitan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menjadi semakin hangat. Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid pada 21 Jun lalu.

Berikut adalah info terbaru dikeluarkan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad:

1-Ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh ustaz berkenaan yang disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

2-Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) amat berkenan dan menekankan kepada semua pemegang tauliah supaya umat Islam di negeri Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

3-Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam.

No Image Caption

4-Mohd Shahzihan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS semalam memutuskan Ustaz Don Daniyal perlu mengemukakan kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa terhadap beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat olehnya.

5-Ini selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.

6-Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap Ustaz Don Daniyal mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

7-JAIS berharap semua pihak di negeri Selangor dapat bekerjasama dan akur serta dapat mematuhi arahan untuk tidak mengundang atau membatalkan sesi ceramah atau apa-apa jua bentuk pengajaran agama Islam yang akan dilaksanakan membabitkan Ustaz Don Daniyal.

No Image Caption

8-Ia berkuat kuasa sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang kedudukan beliau sebagai pemegang tauliah mengajar MAIS.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan sebuah program televisyen susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.Baca juga: Alhamdulillah. Ustaz Don selesai jumpa KDN, Jabatan Mufti Wilayah. 'Pandangan diterima dengan terbuka dalam suasana harmoni'Baca juga: Isu puasa Aidiladha, Ustaz Don mohon maaf. Berikut 3 info hari tasyrik wanita perlu tahu

PROSEDUR & SYARAT MEMOHON TAULIAH JAIS

-Beragama Islam.

-Warganegara Malaysia

-Bermastautin dalam Negeri Selangor Darul Ehsan tidak kurang empat bulan dari tarikh memohon.

-Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

berumur 18 tahun ke atas;

-Sihat tubuh badan dan sempurna akal;

-Berakhlak dengan akhlak Islam;

-Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh -Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;

-Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Thanawi atau setaraf dengannya;

-Mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.

-Mengisi Borang Permohonan Tauliah yang disediakan melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal;

-Permohonan hendaklah disokong oleh dua (2) orang saksi yang mengetahui latar belakang dan kelayakan pemohon;

-Mengemukakan dua keping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil atau sijil-sijil yang telah disahkan yang berkaitan dengan kelayakan pemohon;

-Menghadiri dan lulus sesi temu duga secara lisan dan bertulis yang dikehendaki oleh Bahagian Dakwah JAIS;

-Keputusan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS;

-Perlu melepasi tapisan keselamatan dari IPK / PDRM; dan

-Pengeluaran kad tauliah akan dikeluarkan mengikut kategori yang diluluskan.

Sumber: JAIS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang